Karekter Wanita Hebat. Jika Ada Pada Calon Anda, Jangan Lepaskan.

Wanita hebat bukan pada kecantikkan luaran, tetapi dinilai dengan kecantikan dalaman. Jika dalamannya cantik, akan terserlah aura kecantikan yang sebenar melalui wajah dan penampilannya. Kecantikkan luaran adalah bersifat sementara, sedangkan kecantikkan dalaman bersifat kekal. Jadi, mana pilihan anda?



1. Taat Kepada Allah.

Jika ini sudah mampu dia lakukan dengan sebaik mungkin, kemungkinan besar dalam hal lain dia dapat melaksanakan tugas dengan sempurna. Taat kepada Allah lambang dia seorang wanita hebat.

2. Berdikari.

Wanita hebat mampu melakukan apa juga perkara tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. Dia juga akan membantu orang lain saat mereka memerlukan. Suka memberi daripada menerima. Sanggup mengorbankan dirinya demi melihat kesenangan orang yang dibantu.

3. Sabar.

Walaupun dilanda ujian bertubi-tubi, dia masih lagi mampu untuk tersenyum dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Tidak mudah berputus asa dalam hidup dan sentiasa berfikiran positif. Jika hina, dia tidak membalas hinaan tersebut. Malah dapat menjaga mulut agar tiada perkataan keji yang keluar dari mulutnya. Perempuan hari ini macam mana ya? Kalau dapat jenis sabar macam ni, beruntunglah anda.

4. Memaafkan.

Dia tidak suka berdendam dengan orang lain. Jika terasa, dia cepat-cepat memaafkan orang lain agar dirinya tenang dan aman.


Oleh itu, jika anda berjumpa dengan wanita begini, segeralah jadikan mereka sebagai teman hidup. Usah lepaskan. Kerana kelak anda akan rugi. Jangan menyesal pula dikemudian hari ya. Jika anda seorang wanita, berusahalah untuk mempunyai karekter-karekter tersebut. Sekiranya semua ini ada dalam diri anda, anda akan merasakan ketenteraman di dalam hati. Malah merasa semangat untuk berbuat apapun tanpa memikirkan cercaan orang terhadap diri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen