5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Untuk Menguruskan Kewangan Sebelum Dan Setelah Berkahwin.

Apakah perkara penting yang anda perlu ambil tahu tenatng menguruskan kewangan sebelum dan setelah berkahwin? Jangan ambil mudah tentang kewangan anda dengan pasangan, kerana wang ringgit lah punca utama perbalahan dalam perkahwinan. Jadi, jom baca apakah 5 perkara penting itu?

1. Adakah anda sudah bersedia untuk berkongsi segala masalah kewangan dengan si dia?

Apabila di awal perkenalan dengan pasangan, masalah kewangan jarang kita cerita kan pada si dia. Berkemungkinan anda malu, dan tidak mahu di label sebagai mata duitan dan mengikis duit pasangan. Jadi, jika anda serius dengan pasangan, anda perlu menyatakan hal sebenar tentang hutang dan segala kewangan, tidak la nanti si dia terkejut apabila setelah berkahwin nanti. Sukar pula untuk merancang sesuatu kelak.



2. Rancang untuk membeli rumah atau menyewa.

Setelah mengetahui keadaan kewangan pasangan, isu utama seterusnya yang menjadi topik hangat adalah di mana anda akan tinggal setelah berkahwin dengan si dia? Beli atau menyewa? Jadi, di sini anda perlu merancang dengan teliti, khuatir akan lari bajet, nak beri anak isteri makan apa pula di kemudian hari? Dan pasti kan gaji tahunan anda dapat menampung sewa bulanan rumah anda, jika ingin menyewa.

3. Makanan mewah.

Setelah bercadang untuk membeli rumah mampu milik, sudah tentu anda dan pasangan mahu menikmati makanan yang lazat bukan? Jadi, anda dan pasangan berfikir, mahu membeli makanan atau masak di rumah sahaja? Pasti kan anda tidak membazir membeli barang dapur yang banyak dan mahal. Makanan basah tidak tahan lama. Berpada-pada ketika berbelanja.



4. Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi perbelanjaan.

Anda perlu tahu, semakin meningkat pendapatan bulanan anda, semakin banyak belanja harian tanpa anda sedar.

“Bang, bonus abang banyak kan tahun ni, apa kata kita beli phone yang mahal sikit, pergi melancong ke? Saya nak beli bag boleh?”

Hati-hati, nafsu membeli memang sukar di bendung. Bincang dengan pasangan untuk menyimpan duit, jangan membazir. Ataupun menyimpan perbelanjaan untuk anak-anak kelak.

5. Hutang.

Apabila pendapatan sudah mencukupi untuk menampung anda dan pasangan, sudah tentu anda akan memikirkan pinjaman kereta, kredit kad dan hutang yang lain bakal anda tempuhi. Pastikan anda tidak memohon sebarang personal loan untuk perkara yang tidak berfaedah. Had kan perbelanjaan kredit kad, supaya anda tidak leka apabila ber-shopping nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen