Jangan Lakukan Tiga Kesalahan Ini Apabila Pasangan Anda Berlaku Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penipuan itu satu yang menyakitkan bagi sesiapa sahaja yang pernah merasakannya. Tapi apabila orang yang kita sayang dan cinta kita menipu kita pasti sukar untuk membuang mereka ini walaupun mempunyai alasan yang jelas. Jika anda berat hati membuang pasangan anda yang curang, itu adalah satu perbuatan yang salah. Anda sepatutnya mengambilnya dari satu sudut yang positif serta memberi keadilan terhadap diri sendiri yang telah tertipu. Jadi apabila pasangan anda berlaku curang terhadap anda, jangan lakukan tiga perkara ini demi kepentingan anda sendiri.



1. Pergi menyiasat.

Kerana terlalu mencintai akan dirinya, anda akan mengambil langkah untuk mencari punca dan berita yang sebenar. Anda masih meragui akan kepastian berita tersebut tapi anda masih menyiasat dan ingin memastikan berita itu benar walaupun dengan penuh rasa marah dan sakit hati.

Sebenarnya tindakan ini hanya akan menambah rasa sakit di hati anda. Ia juga akan membuat anda merasa lebih teruk. Apabila anda melihat dengan mata anda sendiri, biasanya anda akan hilang pertimbangan dan membuat keadaan semakin memburuk.

2. Menyalahkan orang ketiga.

Pihak ketiga ini biasanya akan datang pada waktu-waktu kita dan pasangan mempunyai sedikit kerenggangan. Tetapi anda hanya membuang masa dengan menyalahkan orang ketiga itu. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi di dalam situasi ini kedua-dua orang itu bersalah. Tidak kira apa jua alasan yang diberikan kepada anda.

Jangan hanya mempercayai kata pasangan anda. Sebaliknya jangan mempercayai kedua-dua pasangan tersebut. Walaupun pada hakikatnya anda takut untuk kehilangan pasangan anda. Tapi ingat si dia telah menipu anda.

3. Memaafkan si dia.

Memaafkan pasangan anda adalah perkara yang tidak betul. Si dia telah menipu anda dan berlaku curang terhadap hubungan anda. Anda sepatutnya membuangnya dari hidup anda. Jangan pernah sesekali termakan kata-kata pujuk dan maafnya. Jika dia benar-benar menyayangi anda pasti si dia tidak akan melakukan perkara itu. Jadi abaikan sahaja kata-kata yang dikeluarkan untuk memohon maaf dari atas perbuatannya. Ini kerana, tidak mustahil si dia akan melakukan sekali lagi terhadap anda.

Penipuan dan kecurangan itu sememangnya menyakitkan. Tapi jangan pernah sekali-sekali lembutkan hati anda untuk memaafkan perbuatannya. Jangan hanya menutup mata dan membiarkan ia berlalu. Jika perkara itu berulang, anda akan menjadi lebih sakit dari sebelumnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen