5 Perkara Wanita Akan Lakukan Ketika Mereka Dilamun Cinta?

Bagaimana kita mahu melihat seseorang sahabat itu di lamun cinta? Lelaki dan wanita sangat berbeza perilaku mereka ketika di lamun cinta. Malah wanita adalah makhluk kejadian Allah yang ternyata jelas kelihatan ketika mereka di lamun cinta. Jadi apakah 5 perkara yang mereka sering lakukan ketika bercinta atau sedang angau pada pasangannya? Jom baca!

1. Berkongsi kisah pasangan dengan sahabat baik.

Wanita dan Best Friend Forever (BFF) tidak boleh berpisah. Segala hal daripada kisah silam hingga lah tentang pasangan bercinta, perlu di kongsi bersama sahabat. Apabila mereka berceritakan kisah pasangan, mata mereka bersinar dan mulut tidak henti-henti menyebut nama pasangan. Jika, kita selalu menyebut nama seseorang, bermakna hati kita telah di curi oleh si dia.



2. Hanya dia, dia dan dia.

Apabila bertemu dengan pasangan, terutamanya keluar makan malam atau tengah hari, memandang tepat pada pasangan adalah habit wanita. Tiada telefon bimbit di tangan, tidak sempat melihat jam, tiada masa untuk menelek barang di sekeliling kerana wanita tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk bersama pasangan.

3. Mengikut gaya si dia.

Apabila wanita sudah menyimpan hati dan perasaan pada pasangan, sudah tentu segala gaya pasangan menjadi ikutan. Atau pun segala barang yang di miliki oleh lelaki itu, wanita juga ingin memilikinya. Pasangan mempunyai kaca hitam, wanita juga ingin memakai kaca hitam yang sama. Yelah, seperti kembar atau pun belangkas, mereka tidak kisah digelar dengan macam-macam panggilan kerana sedang bahagia, bukan?



4. Gambar.

Wanita yang sedang di lamun cinta akan melakukan perkara yang akan mencuitkan hati mereka. Gambar si dia akan di jadikan sebagai gambar polaroid dan di gantung di mana sahaja yang mereka suka. Malah wallpaper di telefon bimbit juga adalah bersama pasangan. Mereka juga menjadi semakin kreatif untuk berhias dan membuat hadiah untuk pasangan.

5. Menjadi comel untuk si dia.

Jarang sekali apabila kita melihat pasangan menjadi garang antara satu sama lain kecuali berlaku pertelingkahan. Kelakuan mereka juga berubah menjadi keanak-anakan seperti mahu di belai dan di manja. Kadang kala mereka sanggup menjadi pak lawak untuk menceriakan pasangan.

Artikel berkaitan yang anda boleh baca:
1. 5 Tanda Teman Baik ‘Crush’ Pada Anda. Adakah Anda Mahu Meneruskan Hubungan Sebagai Sahabat Atau Menerima Cintanya?
2. 5 Bahasa Badan Wanita Ketika Mereka Di Lamun Cinta Yang Lelaki Perlu Tahu!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen