5 Sebab Mengapa Anda Perlu Buang Perasaan Benci Pada Sayang Untuk Pasangan? Jom Baca!

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang”(Maryam: 96)

Apabila pertelingkahan berlaku dengan pasangan, adakah anda berasa tenang atau tertekan? Sudah tentu diri anda menjadi terlalu tertekan dan dapat merasakan kurangnya kasih sayang, jadi apa sebab utama anda perlu mengubah perasaan benci itu kepada sayang? Jom baca!



1. Kurangnya rasa benci, badan anda menjadi sihat.

Menurut kajian, jika perasaan benci menguasai diri anda, bebanan yang ditanggung sangat tinggi dan membuatkan anda di serang sakit jantung atau sakit pada bahagian tubuh badan yang lain. Menjadi seorang yang penyayang adalah salah satu tanda, anda adalah seorang yang kurang berasa tertekan dengan hidup. Jadi, perhubungan yang sihat memerlukan kasih sayang antara satu sama lain, bukannye perasaan amarah dan benci.

2. Kurangnya rasa benci, membuatkan anda panjang umur. Insya Allah.

Apabila, anda bijak mengawal perasaan amarah berlarutan menjadi benci, hormon di dalam tubuh badan anda iaitu oxytocin akan membantu untuk mengurangkan tahap keradangan atau penyakit di dalam tubuh badan lalu melambatkan proses penuaan. Oleh sebab itu, apabila kurangnya rasa benci di dalam diri, kurangnya tekanan, dan badan akan menjadi sihat dari segala penyakit.

3. Cinta dan kasih sayang, membuatkan tubuh badan menjadi tenang.

Dari segi saintifik, apabila anda penyayang, otak akan mengeluarkan sejenis cecair iaitu dopamine yang boleh mengubah mood anda. Apabila anda cuba mengelak untuk menjadi benci dan bertukar kepada amarah dan semakin tertekan, cecair dopamine ini akan membantu anda untuk lebih bersosial dan berjumpa ramai kenalan.

4. Mereka yang penyayang lebih berjaya.

Apabila anda berubah menjadi lebih penyayang, ia akan membantu anda untuk menguruskan segala hal dan komitmen dengan mudah. Komunikasi anda bersama orang lain juga tidak terjejas, mudah di sampai matlamatnya dan mudah di fahami oleh orang lain. Jika anda sendiri mempunyai aura positif itu, sudah tentu keadaan di sekeliling anda berubah mengikut mood anda.

5. Lebih bahagia.

Dengan Izin Allah, apabila segala kerja anda di luar dapat di uruskan dengan baik, anda tidak akan menjadi tertekan dan membawa perasaan itu ke dalam rumah. Keluarga anda menjadi lebih bahagia dan peluang untuk melahirkan keluarga dengan perasaan cinta dan kasih sayang itu tinggi.

Artikel lain yang anda boleh baca:
1. Jangan Pernah Ada Rasa Bosan Pada Pasangan.
2. Mengapa Perasaan Cinta Boleh Berubah Kepada Benci?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen