Kesusahan Di Awal Perkahwinan Sesuatu Yang Menyeronokkan.

Bukankah Allah telah berjanji kepada hamba-Nya, apabila mereka berkahwin Allah akan memberikan lebih banyak rezeki setelah itu? Tapi kenapa terlalu perit ujian yang diterima setelah berkahwin ini? Iya. Janji Allah itu pasti. Apapun, setiap kesenangan pastinya melalui ranjau dan cabaran terlebih dahulu.



Kita melihat ramai di kalangan usahawan berjaya bermula dari bawah. Mereka merangkak demi sebuah kejayaan. Kejayaan tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha yang gigih dan tanpa pengorbanan. Yang belum berkahwin, sebahagiannya pasti mereka berfikir kehidupan mereka setelah berkahwin adalah perkara yang menyeronokkan. Iya. Seronok. Tapi ada juga ujian yang Allah datangkan setelah itu.

Tiba-tiba saja hilang pekerjaan, diuji dengan kesakitan dan pelbagai kepedihan yang perlu dilalui. Kita melihat pasangan baru berkahwin seronok saja. Setiap yang pahit, tak mungkin mereka kongsikan bersama orang lain. Kadang, itu menjadi aib dalam sebuah keluarga. Pastinya mereka akan menjaga hal tersebut dengan baik. Maka, keseronokkan sajalah yang dilihat melalui mata kasar kita.


Tapi, percayalah. Setelah hujan, pasti ada pelangi. Sebenarnya Allah menghantar ujian tersebut untuk menguatkan kita. Misalnya, dengan kehilangan kerja, mereka berusaha untuk mencari pekerjaan baru atau mencari alternatif untuk membina sebuah bisnes. Setelah itu, barulah kita akan nampak hasilnya. Rupanya, Allah nak menggantikan kita dengan pekerjaan yang lebih baik. Perusahaan yang kita bina berkembang maju setelah bernikah.

Bukankah itu suatu yang menyeronokkan? Nikmatilah kesusahan diawal perkahwinan dengan hati yang terbuka. Berfikir positif dengan apa jua ujian yang Allah datangkan. Pastinya ada hikmah disebalik ujian tersebut.


Ketika ini, banyakkan memohon pertolongan daripada Allah. Sama-sama menguatkan pasangan agar terus cekal dalam menempuh ujian tersebut. Perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, bersatu jualah dalam keadaan kesusahan. Kerana dengan kesusahan itulah dapat mematangkan suami dan isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen