5 Cara Untuk Menghiburkan Hati Teman Lelaki Atau Suami Anda Ketika Mereka Tertekan?

Tertekan bukan di sebabkan pasangan, tetapi tekanan seperti duit dan kerja. Seperti yang kita tahu, lelaki ini adalah manusia yang jenis sangat ego, hati kental dan makhluk yang berdaya saing kuat Allah ciptakan. Sangat jarang kita melihat lelaki yang sedih atau tertekan akan merengek dan mahu bermanja bersama pasangan, sudah tentu mereka ingin di beri ruang untuk bersendirian.



Jadi, setelah mereka di beri ruang untuk bersendirian, apakah peranan anda sebagai teman wanita untuk menghiburkan hati mereka?

1. Jangan menambahkan tekanan pada mereka.

Wanita sering dikaitkan dengan mulut becok mereka.

“Apa yang terjadi?, kenapa sampai jadi begini?”

“Alaaa, cerita la sayanggg…cerita la pleaseeee, pleaseeee”

Ini adalah yang paling penting! Jika pasangan tidak mahu cerita kisah sebenar, wanita pula yang merajuk. Jangan begitu wahai wanita, anda hanya menambah tekanan pada mereka, dan membuatkan mereka ingin menjauhkan diri daripada anda. Oppsss!

2. Masak makanan kegemaran mereka.

Sementara menunggu mereka di beri ruang, tidak salah jika anda memasak makanan kegemaran mereka. Aroma makanan bakal membuat otak kita menjadi sangat tenang dan tidak sabar untuk menjamah. Bagi yang sudah berkahwin, jangan lupa suapkan makanan kepada mereka!

3. Menjadi kreatif.

Kreatif yang bagaimana? Dengan menulis nota kecil yang berwarna-warni dengan kata-kata semangat dan cinta. Jangan lupa memberi pujian ya. Selain daripada itu, anda juga boleh menjadi kreatif dengan makanan yang di hidang seperti barista menghasilkan lukisan pada kopi atau seperti si ibu memberi makanan kepada anak supaya mereka lebih selera untuk menjamah. Lelaki ini kadang-kadang seperti keanak-anakan juga.



4. Beriadah.

Beriadah dan bersenam dapat mengurangkan tekanan di dalam badan. Peluh yang di rembes keluar dapat mengembalikan mood gembira pasangan. Ajak mereka untuk mengambil angin di luar, dan berjalan bersama-sama, ingat jangan ungkit tekanan tadi sehingga mereka mahu cerita hal yang sebenar!

5. Lawak jenaka.

Anda boleh menjadi Pak Lawak kepada mereka, jika anda adalah seorang yang memang pandai memujuk pasangan. Menghiburkan mereka dengan lawak jenaka, menghantar gambar lucu tentang anda atau sesiapa sahaja.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen