Adab-Adab Yang Perlu Dijaga Buat Pasangan Yang Sedang Hangat Bercinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta ini memang semua perkara seronok. Lagi-lagi diawal percintaan, semua perkara kita nak buat bersama-sama. Kalau boleh semua perkara nak dikongsikan bersama. Nak tinggal sekejap pun dah rasa rindu lah, sayang lah. Betul ke cara kita bercinta ini? Bukan bercinta ini pun ada adab-adab yang kita jaga ke? Agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa kita nanti. Tapi apa adab yang kita perlu jaga masa bercinta ini?

Antara adab-adab yang perlu dijaga buat pasangan bercinta ialah:



1. Jangan berdua-duaan di tempat gelap.

Apabila anda dan pasangan hanya berdua di kawasan yang gelap, siapakah yang ketiga? Pasti dia adalah syaitan hamba Allah yang menyesatkan manusia. Berdua-duaan ini bukan hanya di tempat gelap sahaja tapi di tempat cerah juga jangan berdua-duaan. Hal ini kerana, syaitan dan nafsu akan mempengaruhi anda untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

2. Jangan bergambar yang mendatangkan buruk sangka.

Sekarang ini semua perkara hendak dikongsi di media sosial. Saat-saat bahagia bersama pasangan pun kalau boleh nak dikongsi juga. Tapi ingat nak kongsi itu boleh, tapi bagaimana anda mengambil gambar bersama dengannya? Adakah terlalu rapat? Jika ya, ia adalah perkara yang akan mendatangkan buruk sangka oleh ramai pihak. Lagipun anda dan pasangan masih belum ada ikatan yang sah. Jadi kesian ibu bapa anda, jaga maruah mereka.

3. Jangan terlalu intim.

Tahu, rasa kehilangan itu sakit tapi janganlah hubungan anda dan pasangan ini terlalu intim. Intim di sini bermaksud anda dan pasangan saling berpelukan dan berpegang tangan di khalayak ramai. Ia akan menimbulkan fitnah di samping anda dan pasangan kan masih lagi bukan muhrim. Jadi ia berdosa serta mampu membangkitkan nafsu yang akhirnya melakukan maksiat. Jadi cuba elakkan perkara tersebut.

4. Penggunaan nama panggilan yang melampau.

Ini juga sudah menjadi kebiasaan orang sekarang bercinta. Gelaran untuk panggilan manja ‘kononnya’ itu lebih melampau jika hendak dibandingkan dengan orang yang sudah bernikah Ini. Cuba menjaga batas anda dan pasangan. Panggilan seperti ini tidak akan menambah rasa sayang tapi ia menambah untuk melakukan maksiat.

5. Membalas SMS yang melampau.

Telefon bimbit adalah salah satu peralatan untuk mengekalkan sepasang kekasih itu terus berhubung. Tetapi kadang kala ia disalah gunakan. Di mana ia digunakan untuk berkongsi perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh berkongsi gambar yang tidak menutup aurat dan berbalas sesama pasangan dengan ayat-ayat yang mampu membawa kemaksiatan.

Bercinta sebelum bernikah ini adalah dibolehkan, Cuma kita perlu tahu batas dan adab-adab ketika sedang menjalinkan perhubungan. Hal ini kerana, demi menjaga nama baik keluarga dan juga diri sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen