Apakah 5 Kebaikan Dengan Perhubungan Jarak Jauh (PJJ)?

Mentaliti masyarakat kita seolah-olah terlalu negatif tentang perhubungan jarak jauh, kerana situasi begini adalah penyebab utama pasangan suami isteri itu bercerai. Namun sedemikian, perhubungan jarak jauh juga mampu mengeratkan perhubungan perkahwinan yang sudah lama terjalin. Jadi apakah kebaikan yang pasangan itu terima setelah mengalami PJJ ini? Jom Baca!

1. Lebih menghargai pasangan.

Apabila anda mempercayai pasangan secara total dan tiada kemungkinan untuk berlaku perceraian, anda menjadi lebih menghargai pasangan. Ketika menghubungi mereka atau dapat bertemu sementara, anda lebih menghargai setiap saat dan setiap minit ketika bersama pasangan. Jika boleh, anda tidak mahu setiap masa dan waktu menjadi pembaziran dengan perkara yang tidak berfaedah.



2. Anda menjadi lebih sabar.

“Lagi seminggu nak jumpa”

“Yeay, lagi 2 hari”

“Bestnya esok nak jumpa si dia”

Apabila anda telah mempelajari untuk menghargai pasangan, semakin lama anda belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Secara anda tidak sedar, situasi begini mengajar anda untuk menjadi seorang yang lebih bersabar dengan segala hal. Jika anda boleh bersabar dengan waktu, masa dan pasangan, automatik, anda boleh bersabar dengan komitmen lain.

3. Teruja setiap kali bertemu.

Setiap pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun, mereka seolah-olah lupa bagaimana untuk memikat pasangan. Dan percikan cinta itu semakin lama, semakin hilang dan sukar untuk memercik kembali rasa cinta itu. Lain pula hal dengan PJJ, di sebabkan mereka jarang bertemu, mereka mempelajari untuk menghargai setiap detik masa dan bersabar. Oleh sebab itu, mereka lebih teruja apabila bertemu pasangan. Seperti ada rama-rama di dalam badan, seronoknya!



4. Tidak lagi bergaduh tentang hal remeh.

Jika duduk sebumbung, ada sahaja perkara remeh yang anda bakal bertengkar. Seperti tidak menutup penutup ubat gigi, tidak menutup pintu setelah menggunakan tandas, dan segala hal remeh yang akan melibatkan pergaduhan yang besar. Anda tidak lagi stress, jika ini tidak akan berlaku.

5. Menjadi lebih kreatif.

Bukan sahaja banyak isu yang anda boleh ceritakan ketika tidak duduk bersama, malah anda dengan pasangan menjadi lebih kreatif tentang bagaimana cara anda mahu menghubungi pasangan. Melalui video call whatsapp, face time, skype, sms beremoji dan pelbagai aplikasi di telefon bimbit anda.

Artikel lain tentang PJJ anda boleh baca:
1. Bagaimana Untuk Mengeratkan Hubungan Ketika Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) Hanya Menggunakan Text Sms?
2. Perhubungan Jarak Jauh, Adakah Pasangan Boleh Dipercayai?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen