Kelebihan Memiliki Pasangan Anak Sulung.

Anak sulung sinonim dengan sifatnya yang ego dan tidak mahu mengalah. Tetapi, disebalik sifat tersebut tersembunyi karekter positif mereka apabila bergelar suami atau isteri kelak. Anak sulung biasanya dibesarkan dalam keadaan susah. Mereka merasai keperitan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan tersebut. Jadi, banyak pelajaran yang boleh mereka dapatkan dalam tempoh pembesaran untuk dijadikan teladan hidup. Antara kelebihan berkahwin bersama anak sulung adalah:



1. Penyayang.

Walaupun dia mempunyai ego yang tinggi, dalam masa yang sama dia masih mempunyai sifat penyayang. Peduli terhadap orang lain setelah usianya meningkat dewasa. Kehidupan yang dijalani mematangkannya. Dia mula mendalami perasaan orang lain apabila berlaku kesulitan dan akan dibantu apa yang patut. Mungkin caranya sedikit keras. Tapi, mereka juga masih belajar. Terima dia seadanya.

2. Berdikari.

Sudah tentunya apabila dia menjadi orang pertama untuk memulakan sesuatu dalam keluarga, dia perlu berusaha lebih keras. Berdikari adalah perkara yang perlu ada dalam diri mereka untuk menempuh kehidupan. Oleh itu, jika anda mendapat pasangan begini, berungtunglah anda. Apapun, jika mereka memerlukan pertolongan, bantulah.

3. Perunding terbaik.

Dia sudah terbiasa dengan keadaan adik-adik yang selalu bertanya tentang sesuatu. Jadi, dengan pengalaman tersebut, mereka mudah untuk memberikan nasihat kepada orang lain dalam sesuatu perkara. Pengalaman mereka juga banyak, menyebabkan dia sangat suka untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada orang yang disayangi untuk dijadikan panduan hidup.


4. Kuat.

Mereka kuat fizikal dan mental. Hidup bersama ibu bapa saat membesar dan di dalam kesusahan di awal perkahwinan membuatkan kehidupannya lebih kental untuk menempuh ujian yang mendatang. Dia juga bersedia menerima apa juga rintangan. Kerana sudah terbiasa membantu adik-adik, dia sangat handal dalam menyelesaikan masalah.

5. Pemaaf.

Walaupun dia garang macam harimau, dia juga mempunyai sisi positif. Apabila marah, dia mudah untuk memaafkan orang lain. Dari kecil lagi, dia sudah terbiasa untuk mengalah. Saat panas hati, dia diam seketika, kemudian akan kembali ceria. Sekalipun mereka begitu, usahlah mengambil kesempatan. Kesian dia. Banyak sangat dah ujian dia dalam hidup.


Apa yang boleh disimpulkan dengan anak sulung adalah, mereka ini “garang penyayang.” Jika mereka terasa, pujuk elok-elok. InsyaAllah mereka akan terima pasangan yang disayangi dengan sebaik mungkin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen