Mengapa Hantaran Itu Satu Pembaziran? Jadikan Barang Keperluan Sebagai Hantaran.

Seperti yang kita tahu, hantaran itu tidak wajib dalam Islam dan hanya lah adat melayu semata-mata. Malahan, bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam dan hanya menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

1. Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Jadi, tahukah anda bahawa pada zaman dahulu, rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan untuk semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat makan sireh bersama, maklum lah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Sudah pasti sirih junjung sah barang yang membazir dan menyusahkan sahaja!

2. Apakah tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi sebenarnya?

a) Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja.

b) Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklum lah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah. Semakin tinggi hantaran belanja, semakin mewah majlis kenduri boleh diadakan. Ada kelas!

c) “Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku”

3. Kesannya?

a) Adat orang melayu islam yang semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah. Lalu menggalakkan maksiat, maklum lah nak kahwin tak mampu pula.

b) Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN kerana menjadi trend mereka akan membuat loan sebelum berkahwin.

c) Si suami lupa tanggungjawab kepada ibu bapa. Jangan lupa ya wahai ibu bapa sebelah wanita kerana ibu bapa sebelah lelaki juga telah membesarkan anak mereka dengan didikan yang tersendiri. Rezeki mereka lain, rezeki anda lain! Jangan sama kan rezeki anda dengan semua orang, sudah tentu setiap orang lain rezekinya.

d) Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA.

e) Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat kerana hutang keliling pinggang akhirnya suami isteri selalu bertelingkah.

4. Solusi.

Jika kedua-dua belah pihak mahu juga hantaran, tidak salah jadikan barang keperluan asas selepas berkahwin sebagai hantaran. Barang keperluan asas setelah berkahwin? Iya seperti barang dapur atau segala keperluan asas yang penting dan dapat digunakan bersama kelak. Jadi, tidak lah berlaku pembaziran.

Jangan lah hanya menurut nafsu untuk membeli barang kesukaan anda tetapi tidak menggunakan ia di masa depan kelak. Itu yang di anggap pembaziran amalan syaitan!

Artikel lain yang anda boleh baca:

1. Adakah Perkahwinan Tema Tradisional Semakin Di Lupakan Oleh Masyarakat?
2. Adakah Pengapit Di Perlukan Dalam Melangsungkan Perkahwinan Anda?
3. Apakah Perkara Yang Bertentangan Dalam Islam Ketika Melangsungkan Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin?
4. Bolehkah Al-Qur’an Dijadikan Sebagai Mas Kahwin? Apa perbezaan Mas Kahwin dengan Hantaran?

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen