Empat Langkah Menjemput Jodoh…

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari jodoh ini, kita kena yakin bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Ia adalah kerana, Allah akan memberi jodoh kepada kita apabila tiba masa yang tepat. Iaitu bila-bila masa yang telah tertulis ketika kita dalam kandungan lagi. Ia terbukti dalam firman-Nya:


“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan sesuatu yang mereka tidak ketahui.” (Surah Yaasin, 36)


Namun begitu terdapat empat langkah yang boleh menjemput jodoh untuk segera sampai pada waktunya.



1. Banyakkan berdoa.

Antara sebab mengapa jodoh itu lambat hadir adalah kerana kurangnya kita berdoa. Maka berdoalah daripada kita masih kecil lagi untuk mendapatkan jodoh yang soleh. Ketika masih kecil lakukan bersama-sama keluarga agar doa itu lebih mendapat barakah. Apabila sudah dewasa boleh dilakukan secara bersendirian tapi lakukan ia selepas beristighfar dan selawat terdahulu, kemudian barulah berdoa kepada-Nya. Tapi diingatkan bahawa setiap doa yang dipohon itu mengambil masa untuk ditunaikan oleh-Nya.

2. Kenali tanda-tanda Allah.

Anda perlu mengenali tanda-tanda Allah yang mungkin akan berlaku kepada anda bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh anda terjumpa seseorang yang bukan pernah anda jumpa. Ia mungkin salah satu tanda-tanda Allah berikan kepada anda. Jadi selepas berdoa, kenali tanda-tanda Allah dan sentiasa mensyukuri nikmat kurnia yang dilemparkan kepada anda.

3. Banyakkan sedekah.

Amalan memberi sedekah adalah amalan yang semakin kurang. Jadi bagi anda yang sedang mencari jodoh, amalan ini adalah amalan yang penting buat anda. Lakukan sedekah sekerap mungkin, hal ini kerana untuk membuka jalan agar doa anda dimakbulkan dan seterusnya anda berjumpa kepada jodoh anda.

4. Lalui situasi.

Setelah lakukan tiga perkara tersebut, iaitu berdoa, kenali tanda-tanda Allah dan bersedekah. Anda perlu melalui situasi-situasi itu. Iaitu berserah kepada-Nya dan redha akan ketentuannya. Hal ini kerana, mungkin kita pernah melakukan kesilapan menyebabkan jodoh itu lambat sampai kepada kita.

Jadi, lakukan empat perkara ini untuk menjemput jodoh anda hadir dalam hidup anda. Hal ini kerana, semua makhluk yang diciptakan di muka bumi ini mempunyai pasangannya masing-masing. Jadi kan pernah lelah untuk terus yakin dan percaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen