Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita. Kenapa Wanita Lebih Emosional Dan Lelaki Gemar Protes?

“Awak ni kenapa tak pernah faham saya eh?”

“Awak tu ada cuba jaga hati saya tak?”

“Saya yang merajuk, kenapa saya yang kena jaga hati awak, bukan sepatutnya awak ke yang pujuk saya?”

Perbalahan yang sering kita dengar daripada pasangan bercinta, namun ia tidak semestinya terjadi pada yang belum berkahwin, setelah berkahwin juga masih tidak memahami pasangan. Kenapa situasi ini sering terjadi?

Pergaduhan kecil sebegini lah yang sering menjadi mimpi ngeri pada yang masih single, kerana mereka tidak gemar akan keadaan yang sangat menyulitkan untuk menjaga hati dan perasaan pasangan.

“Ah, lebih baik aku single,semak nak kena jaga hati la, nak kena pujuk la”

Sebelum untuk mengetahui cara sebenar untuk meleraikan perbalahan, anda semua pertu tahu, wanita dan lelaki ini cara pemikiran mereka sangat berbeza. Jangan pertikaikan mengapa lelaki tidak boleh jadi seperti wanita dan sebaliknya.Dari segi saintifik,wanita itu lebih emosional kerana hormon estrogen manakala lelaki kurang beremosi kerana hormon testosterone.

Dan yang paling utama, setiap tubuh badan manusia adanya hormon oxytocin di mana ia akan dilepaskan semasa manusia berasa sangat tertekan. Apabila anda menjadi stress, hormon wanita iaitu estrogen akan membuatkan hormon mereka, menjadi lebih tenang, tetapi tidak pada lelaki. Testosterone akan membuatkan lelaki menjadi lebih stress kerana oxytocin dalam tubuh badan mereka mengurangkan hormon tersebut dan tahap stress mereka menjadi meningkat.

Oxytocin bertindak balas meningkatkan hormon estrogen, hasilnya wanita lebih peka dengan perasaan pasangannya dan bertindak mengikut emosi.

Oxytocin bertindak balas mengurangkan hormon testosterone, hasilnya lelaki lebih gemar menyendiri dan kurang bercakap.

Situasi ini sering berlaku apabila wanita sering melemparkan semua segala emosi dan kata-kata yang terbuku di hati mereka, lelaki pula buat tidak tahu ketika wanita membebel. Ketika dan saat ini lelaki menjadi sangat tertekan dan mereka ingin diberi ruang untuk bertenang, di mana wanita tidak faham dengan situasi ini.

Jadi, di dalam perhubungan jangan bangkitkan persoalan

“Aku yang merajuk, kau yang kena pujuk”.

Anda Tanya soalan ini pada diri anda kembali

1. “Adakah aku dah tak sayang dia?”

2. “Kalau aku hidup tanpa dia, apa berlaku dengan hidup aku?”

3. “Boleh ke aku hidup tanpa dia?” Soalkan soalan ini, ketika tiada lagi emosi marah dalam diri.

Jika kita sentiasa berfikir, si dia sahaja yang kena memujuk anda tanpa tiada inisiatif untuk menjernihkan keadaan, anda sebenarnya masih ego dan pentingkan diri sendiri. Dengan kata lain, anda tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan berkongsi rasa kasih saying kerana semua perhubungan pasti ada perbalahan untuk mengeratkan hubungan.

Dan juga jangan kerana mulut badan binasa, berpegang pada Al-Qur’an seperti yang di sebut di dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 49.

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)”

Dan Surah An-Nisa’ ayat 1:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen