Ciri-ciri Suami Soleh.

Semua wanita mengimpikan dia akan hidup bersama orang yang soleh. Tapi, tidak semua orang akan mendapat lelaki soleh untuk dijadikan teman hidup. Hanya orang terpilih sahaja akan bersama mereka. Bagaimana ingin mengetahui ciri-ciri suami soleh? Ikuti penulisan ini.



1. Taat kepada agama.

Lelaki yang taat kepada agama akan mematuhi perintah Allah. Jika dia dapat taat kepada Allah. Sudah tentu dia dapat menjadi suami yang soleh kepada isterinya. Segala yang diajarkan oleh Islam dihayati dan ikuti sebaik mungkin. Malah dalam berumah tangga sekalipun, dia tetap meladani Rasulullah s.a.w sebagai panduan untuk menjadi ketua keluarga yang baik.

2. Sabar.

Dia tahu akan kesusahan seorang isteri menguruskan rumah tangga, membesarkan anak-anak tanpa dirinya di sisi kadang kala. Dengan pekikan, luahan hati seorang isteri, dia masih lagi mampu bertahan untuk mendengar leteran tersebut dengan tenang.

3. Membuat isteri tersenyum.

Kadang kala suara seorang isteri amat menyakitkan bagi seorang isteri. Sindirannya, geramnya dia kepada suami menyebabkan suasana aman menjadi bertambah rungsing. Tetapi, tidak bagi seorang suami soleh. Dia akan tetap cool, bahkan boleh membuatkan isterinya ketawa apabila isterinya dalam keadaan serabut. Membantu pasangan menguruskan rumah, pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri kembali gembira.


Rasulullah s.a.w bersabda,
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isteriku.”
[Ibnu Majah]



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen