Mencari Pasangan Sempurna. Boleh?

Memilih dalam mencari calon pasangan hidup adalah perlu untuk menjamin kehidupan yang bahagia kelak. Tetapi, terlalu memilih juga akan menyebabkan kita akan kecewa sehingga tidak dapat apa yang diimpikan. Islam memberikan panduan kepada kita dalam memilih calon suami atau isteri.



Dalam memilih pasangan, pilihlah pasangan yang mempunyai akhlak dan agama yang baik. Kerana dengan memiliki suami atau isteri sebegini, akan membahagiakan kehidupan berumah tangga. Dengan mengetahui dan mengamalkan kehidupan Islam dengan sempurna, seseorang akan menghormati pasangan hidupnya apabila bersama kelak walaupun mereka diuji dengan kesusahan.

Menolak calon pasangan di sebabkan mereka tidak mempunyai akhlak yang baik adalah dibenarkan dalam Islam. Islam memikirkan kemudaratan yang bakal berlaku sekiranya perkahwinan itu diteruskan. Bahkan, Islam juga telah meletakkan hukum haram berkahwin sekiranya mereka merasa tidak mampu untuk menunaikan nafkah zahir dan batin.

Antara sebab lain diharamkan berkahwin adalah kerana risau sekiranya dengan perkahwinan tersebut akan memudaratkan isteri. Misalnya seorang lelaki ini bersifat kasar dan terlalu panas baran, maka lebih baik baginya untuk tidak bernikah.

Sekiranya calon pasangan itu seorang yang buruk akhlaknya ketika dahulu, tetapi sudah berubah pada waktu sekarang, usahlah memandang rendah kepadanya. Bolehlah mengambil dia sebagai teman hidup. Tutuplah aibnya setelah bernikah nanti. Bantu juga dia untuk melakukan perubahan dalam hidup apabila sudah berumah tangga.


Kita perlu ingat, kita juga mempunyai cela dan aib. Hanya Allah sahaja yang mengetahui dan menutup aib tersebut. Jika seseorang tahu akan aib kita, mungkin dia tidak mahu bersama kita. Oleh itu,salinglah memberi maaf. Terima pasangan seadanya. Tetapi memilih yang baik dan beragama itu adalah pilihan yang bijak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen