Mendengar Luahan Hati Wanita, Membahagiakan Mereka.

Wanita memang suka meluahkan perasaan. Lebih-lebih lagi ketika dia mempunyai masalah atau ada perkara yang mahu dikongsikan bersama orang tersayang. Hakikatnya wanita memang banyak bercakap daripada lelaki. Setelah bernikah, dia akan menjadi seorang yang sangat sensitif dan suka berleter. Mengapa mereka menjadi begini? Calon suami boleh hadam penulisan ini untuk panduan kelak.



1. Meluahkan perasaan.

Jika ada perkara yang ingin dikongsi, mereka akan mencari tempat untuk bercerita. Setelah bernikah, suami adalah sahabat setia baginya. Keluarga adalah segala-galanya untuknya apabila sudah berkahwin. Jadi, saat mereka berkongsi cerita, dengar dan berikanlah tumpuan. Sesekali, berilah respon untuk mereka berasa bahagia. Tapi dinasihatkan agar tidak memberi keputusan kerana mereka hanya ingin berkongsi cerita dengan anda.

2. Kurang kasih sayang.

Jika mereka banyak berleter. Semua yang dilakukan tidak kena, sebenarnya mereka ingin kasih sayang daripada seorang suami. Diharapkan suami dapat membantu kerja-kerja rumah yang tidak pernah putus mereka lakukan itu. Simpanlah gajet, luangkan masa bersama keluarga untuk mereka merasa dihargai setelah banyak mereka mengorbankan sesuatu untuk anda.

3. Penat.

Melihat dari mata kasar, seolah-olah tiada apa yang mereka lakukan. Tapi, hakikatnya semua sudah tersedia untuk anda. Pergi kerja semua pakaian sudah dicuci, digosok. Pulang kerja, makanan sudah terhidang. Anda boleh rehat dengan tenang. Yakinlah. Apabila mereka tiada di rumah untuk beberapa ketika, pasti hidup anda akan kelam kabut. Jadi, hargailah jasa mereka sewaktu mereka ada di depan mata.


Bagi yang belum berumah tangga, ambillah pesanan ini sebagai panduan untuk menjadi suami kelak. Hargai dan berikan kasih sayang kepada wanita yang anda cintai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen