5 Perkara Dan Rahsia Tentang Lelaki Lucu Yang Si Gadis Perlu Tahu.

Mendapat pasangan yang pandai berjenaka dan sering membuat anda tergelak hingga ke telinga, adalah idaman setiap gadis. Gadis cenderung memilih lelaki seperti ini kerana gelak tawa mampu menceriakan suasana dan mengeratkan lagi hubungan antara anda berdua. Sudah satu kemestian, lawak jenaka perlu diselitkan di dalam hubungan supaya ia tidak akan berasa serius seperti di mahkamah.

Jadi, apakah 5 perkara atau rahsia di sebalik lawak jenaka lelaki seperti ini? Jom baca!

1. Tidak suka di gelar sebagai pelawak.

Ya memang betul mereka sering berjenaka, menghiburkan orang ramai, dan kadang kala sanggup menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak untuk orang lain. Tetapi di sudut hati mereka, mereka tidak gemar di gelar sebagai Pak Lawak. Mungkin mereka gemar di gelar sebagai ‘penghibur’? Kita tidak tahu isi hati mereka bukan?

2. Tidak suka di paksa untuk membuat lawak atau berjenaka.

Kadang kala mereka tidak suka dipaksa untuk berjenaka, kerana bagi mereka, lawak jenaka hanya boleh dilakukan ketika spontan sahaja. Walaubagaimanapun, ketika spontan juga, lawak jenaka mereka tidak menjadi dan ini membuatkan mereka menjadi serba salah dan malu. Untuk membuat si gadis tertawa dengan jenaka mereka, kandungan untuk membuat lawak juga perlu lah ada ilmu. Baru lah dikatakan bukan lawak kosong dan kelihatan lelaki itu berpengetahuan.

3. Kehidupan sebenar mereka tidak seindah yang kita sangka.

Tidak semua lelaki yang pandai berjenaka hidup senang ketika zaman mereka muda. Berkemungkinan dengan lawak jenaka mereka, hidup mereka sekurang-kurangnya menjadi ceria walaupun hidup susah. Ini kerana mereka tidak suka dengan keadaan yang sangat serabut dan stress. Dengan lawak jenaka sahaja yang mampu menggembirakan hati mereka.

4. Perkara yang serius di jadi sebagai bahan lawak.

Oleh sebab mereka sentiasa berjenaka untuk menghilangkan rasa stress, mungkin terbawa-bawa sehingga anda mengulaskan topik yang serius juga, mereka sering berjenaka. Jadi, anda sering tertanya-tanya mereka ini tidak pernah serius dalam hidup mereka?

5. Mereka sebenarnya seorang yang sangat serius.

Jika anda melihat mereka sering berjenaka, dan tidak tahu tentang perkara yang mana satu serius atau pun tidak, tetapi mereka sering berfikir tentang isu tersebut. Cuma mereka kelihatan mengambil sesuatu isu itu dengan mudah, tetapi mereka pantas dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan terkejut pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen