8 Ciri Lelaki Yang Menjadi Buruan Setiap Wanita.

Oleh: Rafi

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting , jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.



1. Kelakar.

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang di buat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu pasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.

2. Romantik.

Wanita sebenarnya, menginginkan seorang yang romantik. Ingat!! Romantik bukannya gatal. Lelaki yang romantik adalah mereka yang pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang menjadi salah satu aspek yang mperhatian dari wanita. Biar pun mereka kelihatan 'rugged' atau agresif. Namun dalam hal teman lelaki, kebanyakkannya memilih yang romantik.



3. Wang.

Tidak disangkalkan lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan. Mereka mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Selain anda bekerja, anda juga boleh bergaul dengan dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut yang berjenama. Biar papa asal bergaya. Papa dalam hal ini adalah anda perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpakasa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya anda yang mendapat nikmatnya.

4. Bijak.

Wanita sering impikan mendapat seorang lelaki yang berpendidikan dan pandai.Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita CNN contohnya, dan rajin mengisi teka silangkata supaya tanpak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti anda adalah seorang akademik. Caranya, baca ulasan buku soalah-olah anda telah membacanya. Pakailah cermin mata yang tak berkuasa untuk memperlihatkan seperti seorang intelek.



5. Sensitif.

Setiap kali pasangan anda bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin anda boleh berkata "saya memahami perasaan awak". Namun anda jangan pula terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

6. Suka kanak-kanak.

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya, Setelah itu, anda pula mendukung sambil agah kanak-kanak itu. Dan ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.



7. Bijak berdandan.

Lelaki juga kena pandai dalam merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang berkulit berminyak, hendaklah melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.

8. Ingat!

Meskipun tiada lelaki yang sempurna, namun anda boleh berpura-pura menjadi sempurna. Perlu diingatkan, anda tentu mempunyai kelebihan yang tertentu. Jadi gunakan kelebihan itu sebaik mungkin. Yang mustahak anda mampu melakukan sesuatu yang terbaik sementara yang lain bolehlah berpura-pura. Jika berjalan lancar dan hati nya sudah dalam gengaman, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen