Lima Perkara Yang Mampu Menghancurkan Satu Perhubungan.

Dalam perhubungan sudah pasti ada perkara yang perlu dikongsi bersama agar tidak ada perselisihan faham. Tapi dalam perhubungan juga ada perlu ada sikap bertolak ansur agar hubungan yang dibina itu tidak putus di tengah jalan. Janganlah asyik kita sahaja yang hendak betul dan tidak mahu menerima pendapat pasangan. Sehari dua mungkin dia boleh tahan tapi bila dah lama, siapa yang boleh tahan dengan perangai kita. Jadi cuba lihat jika terdapat lima perkara ini pada perhubungan kita. Baik cegah dahulu sebelum melarat.



1. Cemburu.

Rasa cemburu ini tidak asing lagi jika melibatkan diri dalam satu perhubungan. Tapi janganlah cemburu yang melampau dan cemburu buta. Betul cemburu itu tanda sayang. Tapi cemburu sikit-sikit sudah la. Kang dari sayang jadi tidak sayang pula. Mana tidaknya, bila kita hendak keluar lepak bersama rakan mula kata kita hendak mencari orang lain. Mula kata nak berjumpa kekasih lain. Pening kepala pasangan kita nak handle orang yang macam ini.

2. Tidak memberi ruang.

Dalam perhubungan ini cuba beri si dia sedikit ruang. Macam bagi aje si dia lepak bersama rakan-rakannya. Tidak kisah lah pergi bermain game ke, futsal ke, apa-apa sahaja. Asalkan mereka memberi tahu anda ke mana mereka pergi. Janganlah suruh mereka ini berkepit 24jam bersama anda sahaja. Memang rimas lah mereka nanti.

3. Tidak mahu berbincang.

Perbincangan dalam perhubungan ini penting. Ala, nak cari persefahaman mestilah kena berbincang. Sebab itu dikatakan komunikasi dalam perhubungan itu penting. Tapi kalau sebelah pihak sahaja yang nak berbincang dan sebelah lagi tak nak. Tak jadi juga komunikasi dua hala ini. Jadi komunikasi sehala aje. Sudahnya kena tinggal begitu sahaja. Habis susah sangat nak buat bincang.

4. Kurang mendengar.

Setiap luahan pasangan kita ini penting untuk mengetahui keadaan hati mereka. Di samping itu juga untuk menggelakkan pasangan kita ini meluahkan rasa hati mereka kepada orang lain. Sebab itu kita perlu mendengar dan memberi pendapat mengenai apa yang berlaku dalam hatinya. Jangan biarkan sahaja dan membuat tak endah apa yang dikatakannya. Sebab silap hari bulan, si dia lari dengan orang lain pula.

5. Tidak menghargai.

Sifat menghargai pasangan ini penting. Walaupun si dia ini milik kita tapi kalau kita tidak menghargai mereka ini akan menjadi punca masalah. Mulalah si dia merasa anda tidak mahu mendengar luahannya, merasa anda tidak memerlukannya ataupun rasa dirinya tidak diperlukan oleh anda. Hargai pasangan ini bukan perlu memberi hadiah ataupun memberi ucapan kata-kata romantis tapi lebih kepada cara anda memberi layanan kepadanya.

Jadi dapat disimpulkan di sini, dalam perhubungan itu akan menjadi sukar apabila sebelah pihak sahaja yang berusaha menyelamatkan segala keadaan. Tetapi sebelah lagi hanya mendiamkan diri dan membiarkan. Kedua-duanya perlu bekerjasama untuk menjadikan satu perhubungan itu membuahkan hasil.

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen