Bagaimana Untuk Memikat Hati Gadis Tanpa Mengajak Mereka Dating?

Sebahagian daripada lelaki di luar sana berkemungkinan malu untuk mengajak gadis yang di minati keluar bersama. Menjaga ikhtilat sudah pasti, tetapi mahu untuk mengenali dengan lebih terperinci. Bagi anda merisik menggunakan orang tengah tidak dapat memuaskan hati secara total 100%. Anda mahu si dia, tetapi tidak pula mahu mengajak dating, sudah cukup bertanya khabar dengan cara menelefon mereka atau whatsapp.

Tetapi, adakah dengan cara ini masih lagi releven pada zaman sekarang? Jangan lupa, ini adalah untuk sebahagian dan pada mereka yang mahu menjaga hubungan hingga ke jinjang pelamin. Sudah tentu lelaki tidak mahu di cop “Dah la bawa anak dara ke hulur ke hilir, tetapi tidak serius dan tiada perancangan pula mahu berkahwin dengan si gadis!” Ibu bapa si gadis pasti kecewa dengan sikap lelaki yang begini.

Jadi, jom baca bagaimana mahu memikat si gadis tanpa mengajak mereka dating?

1. Menjenguk si dia ke rumah.

Haip! Sudah tentu ketika ahli keluarganya semua berada di rumah bersama. Tidak perlu setiap minggu atau setiap hari, cukup lah dengan hanya sebulan sekali atau 2 kali. Hari minggu makan bersama dengan ahli keluarga si dia, dan mengambil tahu tentang ibu bapa dan adik beradik si dia. Sudah pasti si dia akan nampak kesungguhan anda untuk memikat hatinya. Pasti pipi mereka akan kemerah-merahan ketika ini.

2. Mengenali sahabat baiknya dengan lebih rapat.

Dating apabila 2 pasangan bertemu, tetapi anda mengajak si dia keluar dengan sahabat baiknya sekali. Kadang kala, anda cuba untuk mengorek rahsia tentang si gadis daripada sahabatnya sendiri. Apabila anda dengan sahabat mereka telah menjadi ngam dan geng, sudah pasti keadaan tidak menjadi terlalu kekok selepas itu.

3. Pandai lawak jenaka.

Apabila sudah lama tidak bertemu dan hanya menghubungi si gadis melalui telefon, sudah pasti si dia bosan dengan text sms yang sama. Tidak salah anda menunjukkan skill untuk membuat si dia tergelak, anda juga seperti tidak kisah kelihatan seperti mat lawak pada si dia, asalkan hubungan yang terjalin masih berkekalan dan mesra. Gadis suka lelaki yang pandai buat lawak ya.

4. Berikah hadiah.

Apakah hobi si gadis? Jika mereka suka membaca, hadiahkan mereka buku atau novel yang mereka minati. Kadang kala memberikan mereka cokelat dan bunga secara kejutan juga mampu membuatkan hari mereka menjadi bahagia kerana adanya insan yang mengambil berat tentang si dia.

Selamat Mencuba!

Artikel lain yang anda boleh baca
1. Bagaimana Untuk Mencintai Lelaki Yang Degil Dan Ego?
2. Wahai Lelaki Sila Tepati Masa Jika Anda Ingin Berkahwin!
3. Bagaimana Untuk Mencintai Wanita Yang Ego? Ciri-Ciri Wanita Ego, Wahai Lelaki Sila Baca!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen