Jangan Benci Sangat Nanti Lama-lama Jatuh Sayang...

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang dulu-dulu kata jangan benci sangat seseorang itu, nanti bila-bila masa kita boleh jatuh sayang. Tapi macam mana kalau kita dah benci seseorang itu kita boleh jatuh sayang pula? Padahal perasaan sayang itu tidak ada, yang ada rasa benci. Ha, ini ramai orang yang tidak tahu. Terdapat beberapa punca satu perasaan benci itu boleh berubah menjadi sayang dalam sekelip mata. Mungkin ada yang tidak perasan mengenai hal ini. Tapi ini berlaku antara lelaki perempuan lah, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki, okay!



1. Datang pada masa yang sama.

Tahukah anda, benci dan sayang itu akan datang pada yang sama. Sebenarnya, apabila kita benci dia kita akan mula bergaduh sakan dengan dia. Walhal ia adalah satu perasaan ego yang terdapat di dalam hati antara dua pihak. Nak kata suka malu lagikan pula kata sayang. Jadi pilihan terbaik adalah bergaduh sehingga menimbulkan rasa benci antara kedua pihak. Tapi dalam diam anda tidak menyelami hati anda sendiri.

2. Perhati lebih detail.

Biasanya orang benci ini akan perhati orang yang dibenci dengan teliti. Yelah, hari-hari akan scroll sosial media si dia. Kejap Facebook, kejap Instagram untuk mengetahui perkembangan semasa si dia. Semua benda anda akan perhatikan. Dari segi pemakaian, tingkah laku, bentuk muka, gaya percakapan dan pelbagai lagilah. Semuanya dikatakan tidak kena di mata anda, tetapi anda yang terlebih teliti melihat si dia berbanding orang lain.

3. Ikatan emosi.

Sebenarnya, setiap kali pergaduhan yang anda lakukan bersamanya tidak kira lah pergaduhan yang kecil atau besar, ia akan membuat anda mengenali hati budi orang itu dengan lebih mendalam. Anda juga boleh menjalinkan satu ikatan emosi bersama si dia yang hanya anda berdua sahaja yang rasa. Dan ikatan emosi itu akan membuat anda jatuh cinta dengannya tanpa anda sedar. Sebab itu ada suka gaduh dengan dirinya.

Apabila dah terlalu benci itu, bila perasaan sayang itu datang. Ia akan menjadi terlampau sayang kepada seseorang itu. Jadi jangan terlalu benci seseorang itu, ditakuti akan memakan diri anda sendiri nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen