Doa Atau Ucapan Selayakknya Sahabat Anda Katakan Ketika Majlis Pernikahan Anda Nanti. Sebarkan Kepada Mereka.

Apabila kita datang ke majlis pernikahan, amatlah digalakkan agar kita mengucapkan "barakallahu lakuma wa baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair." Yang bermaksud, mudah-mudahan Allah memberkati bagi kamu berdua, dan Allah berkati atas kamu daripada langit, dan semoga Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan. Perkataan ini diambil berdasarkan dari hadis Rasulullah s.a.w. Ini bermakna ucapan sangat dianjurkan apabila kita menghadiri majlis perkahwinan. 



Ucapan ini adalah ucapan yang mulia untuk dikatakan apabila menghadiri majlis pernikahan. Jika perkataan ini terlalu panjang untuk diucapkan, katakan saja “barakallahu lakuma” yang bermakna “semoga Allah berkati kamu berdua.” Ucapkan dalam bahasa Malaysia juga sudah memadai. Yang penting maksud yang ingin kita ucapkan itu sampai kepada mereka. Nak lagi best? Nanyikan saja kepada mereka lagu Maher Zain: Barakallah secara beramai-ramai. Syok juga tu. Hehehe

Apa kepentingan menyebut perkataan ini dalam majlis perkahwinan? Dalam ucapan kita itu, kita mendoakan agar mereka berada dalam kebertakan dan kebajikan. Barakah atau berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Keberkatan ini penting dalam rumah tangga. Tidak mengapa dengan makanan yang sedikit, tapi sangat mencukupi. Kemudian rumah tangga juga tenang dan damai walaupun dilanda musibah.

Yang dimaksudkan dengan khair pula adalah kebajikan atau kebaikan. Bermakna kita mendoakan agar kedua mempelai sentiasa dalam kebaikan apabila sudah berumah tangga. Dapat melakukan ibadah bersama-sama saat suka atau duka. Dengan mendirikan rumah tangga, mereka mampu membina keluarga yang baik serta memberi manfaat kepada orang lain.


Bukankah ini sangat diharapkan dalam berumah tangga? Mendoakan agar dipercepatkan mendapat anak  juga penting. Tetapi apa gunanya mempunyai anak, tapi rumah tangga tiada keberkatan dan kebaikan. Itu adalah perkara yang sangat merugikan. Diharapkan ucapan ini dapat kita terapkan dikalangan masyarakat Malaysia agar keberkatan dan kebaikan terus tersebar dalam rumah tangga. Semoga doa kalian juga dimakbulkan Allah.

Eh. Pengantin pula nak balas apa pula ya? Takkan senyum je. Sebutlah, "Allahu yubarik fiih." Maksudnya, "semoga Allah memberkati kamu juga."


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen