Empat Tanda Anda Berada Di Dalam Satu Perhubungan yang Kepura-Puraan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa tidak seronok jika sudah menjalinkan perhubungan yang baru setelah lama menjadi ‘single’. Pasti hubungan baru kali ini diharapkan akan menjadi hubungan yang terakhir dan ke langkah yang lebih serius. Tetapi kelihatan ada sedikit masalah terhadap perhubungan kali ini. Ia juga rasa tidak seronok seperti perhubungan dahulu. Kenapa ye? Mungkin perhubungan anda itu penuh dengan kepura-puraan hanya untuk menghilangkan bosan di hati. Terdapat beberapa tanda wang anda boleh kenali dalam perhubungan tersebut.



1. Hubungan rasa biasa.

Hubungan pada kali ini anda merasakan tiada yang istimewa. Semuanya biasa sahaja. Anda dan pasangan juga tidak merasa sedikit teruja dalam perhubungan ini. Semuanya seperti anda dan si dia telah menjalinkan hubungan yang lama, tetapi ia hanya baru mengambil masa beberapa bulan. Dan anda masih belum mengenalinya dengan sedalam-dalamnya.

2. Tidak mengenali rakan-rakannya.

Sepanjang perhubungan anda dan dirinya, anda masih tidak berkenalan dengan lebih rapat dengan kawan-kawannya. Ataupun anda langsung tidak mengenali rakan-rakannya. Itu belum lagi termasuk berkenalan dengan keluarganya. Tiada satu orang pun yang dia kenalkan pada anda. Jadi boleh nampak lah apa status perhubungan anda berdua.

3. Berlawan ego.

Anda dan dirinya seakan-akan mempunyai ego tersendiri yang tidak mahu mengalah. Jika satu perhubungan yang normal pasti salah satu akan mula mengalah apabila pergaduhan berlaku. Tetapi tidak bagi anda dan pasangan. Pergaduhan yang kecil membuat anda dan pasangan tidak bertegur selama berhari-hari.

4. Sentiasa serius.

Dalam perhubungan pasti ada senda guraunya. Walaupun bergurau melalui pesanan ringkas. Ia tetap bergurau. Tapi kalau dah dalam pesanan ringkas pun serius, ketika berjumpa lagi lah seriusnya bukan main. Nampak dah perhubungan anda itu hanya satu kepura-puraan.

Jika anda terlibat dalam perhubungan seperti ini, cuba untuk berbicara sebaik mungkin. Jika tidak hubungan anda itu hanya tempat menghilangkan bosan dan bukan satu hubungan yang serius.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen