Tak Boleh Hidup Tanpa Kau!

Bila dilamun cinta, semua puitis, ayat manis-manis yang keluar dari mulut seorang kekasih. Ketika diuji dengan datangnya teman baru dalam hidup, senangnya minta putus. Ayat famous, “saya tak layak untuk awak.” Tak mengapalah. Hidup ni kalau sedih memanjang, tak ada gunanya juga. Lebih baik lakukan perkara berfaedah daripada memikirkan hal sia-sia. Anda sepatutnya bersyukur kerana tidak meneruskan kehidupan bersama si dia kerana:



1. Dengan mengetahui bahawasanya dia telah mempunyai orang lain dalam hidup, ini bermaksud dia telah curang dengan anda tanpa anda sedari. Bersyukurlah, kerana peristiwa yang terjadi ini berlaku sebelum anda hidup bersama si dia. Jika peristiwa ini berlaku setelah anda bernikah, bukanlah ia sesuatu yang amat menyakitkan.

2. Melepaskannya adalah keputusan terbaik. Tiada guna pujuk rayu dengan orang sebegini. Keputusan ini dikatakan keputusan terbaik kerana anda boleh perbaiki diri dalam masa yang sama mencari calon yang lebih baik agamanya untuk kehidupan akan datang. Jika penceraian berlaku dalam perkahwinan, sebaiknya kita pertahankan. Kerana Islam juga mengajarkan kita agar menjaga hubungan dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak.

3. Orang kata, bukan jodoh. Jadi tidak perlu membuang masa, minta saja kepada Allah agar diberikan pasangan hidup yang lebih setia, lebih baik akhlak dan agamanya, lebih mencintai sesama pasangan. Bukankah itu perkara yang bagus untuk dilakukan?



Jadilah orang yang tidak mudah berputus asa. “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.” Teruskan melangkah untuk meneruskan kehidupan. Buktikan tanpa dia di sisi anda masih boleh berdiri, mengejar mimpi-mimpi bersama orang yang selayaknya. Sebaiknya kata "tak boleh hidup tanpa kau" hanya diberikan kepada sang pencipta sahaja. Dia pencipta yang selayaknya dicintai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen