Cinta Pada Allah, Kelak Akan Mendapat Jodoh Yang Sentiasa Ingat Pada Allah.

“Jika kita bertenang, kita sentiasa ingat pada Allah, jika hidup penuh dengan makhluk, hidup kita sentiasa stress” – Prof Dr. Muhaya –


Kita sering tertanya-tanya, bila nak dapat jodoh yang baik? Si gadis sering mempersoalkan, “di mana imam ku?”, “sudi tak awak menjadi imam saya”, dan jika si lelaki pula “bergetar tulang rusuk saya” dan pelbagai kerenah dan ragam lagi. Kini di usia yang muda, sudah sibuk mencari jodoh, tetapi akhlak tidak terjaga. Di usia yang muda, pening jodoh tidak kesampaian, sehingga meratapi menangis setiap malam.

Di usia yang muda bagaimana? Wahai gadis-gadis muda sekalian, anda belum di gelar andartu jika usia anda belum mencapai 40-an. Mengapa mahu sibuk mencari jodoh, jika kita masih derhaka kepada ibu bapa? Adakah itu yang kamu nak pada masa akan datang? Anak-anak bakal menjadi anak derhaka pada kalian?

Anak remaja kini seperti tidak kisah di hanyut dengan sosial media. Semua perkara perlu di-update pada sosial media, ketika makan, ketika beriadah, ketika menikmati pandangan alam, telefon bimbit digenggam kemas dan rapi dalam tangan. Tetapi apabila melihat post insan lain yang bahagia, hati kecil sering meronta, bila jodoh nak sampai? Mengapa tiada orang nak pandang aku? Mengapa tiada orang mahu lakukan perkara yang baik terhadap aku?

Bertenang, dan berfikir.

Adakah 3 perkara ini anda sudah jaga sebaik mungkin?

1. Akhlak.

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” (Al-Israa' :37)

2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara manusia.

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar." (An-Nisa: 114)

3. Memberi manfaat yang baik pada orang ramai.

Berbuat baik pada ibu bapa dan membalas jasa mereka. Memberi sedekah kepada adik-beradik, rakan-rakan dan pada yang lebih fakir dan miskin. Jika kita berlaku adil dan baik pada orang ramai, jika kita rasa “Aku perlu membuat sesuatu dengan ikhlas, kelak akan mendapat jodoh dari golongan yang baik” Dengan Izin Allah, Allah akan makbulkan. Wallahua’lam.

Artikel lain yang berkaitan anda boleh baca

1. Usah Terlalu Mengikut Perasaan Kerana Allah Swt Akan Memberi Apa Yang Kita Perlu Tetapi Bukan Kehendak.
2. Terlalu Murung Kerana Lambat Bertemu Jodoh, Yakin Pada Hikmah Allah s.w.t!






Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen