Dilema: Berbuat Baik Kepada Ibu Atau Isteri. Mana Perlu Didahulukan?

Ibu adalah seorang wanita yang banyak berjasa dalam kehidupan. Sejak mereka melahirkan hingga kita membesar dengan sempurna atas kasih sayang dan cintanya kepada kita. Tanpa penat lelah membimbing kita untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat. Mustahil bagi seorang lelaki yang sejati mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibu tersebut. Menjaga perasaan ibu ketika sudah bernikah amatlah sukar kerana terhimpit dengan dua insan tercinta.



Isteri juga adalah tanggungjawab suami yang perlu dipikul dengan baik. Jika tidak dilaksanakan dengan sempurna, kelak akan disoal di akhirat. Walaupun isteri baru sahaja muncul dalam kehidupan seorang lelaki, amanah itu perlu dipikul agar hati akan menjadi tenteram dan terlepas dari seksaan di akhirat kelak.

Untuk menggalas kedua ini, seorang suami perlu memikirkan jalan terbaik agar keduanya mendapat keadilan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak serta suami. Dalam hal kewangan atau memberikan nafkah, keutamaan adalah diberikan kepada isteri kerana ini adalah perintah Allah yang wajib dipatuhi. Walaupun isteri bekerja dan berpangkat besar, nafkah tetap perlu diberikan agar amanah sebagai seorang suami dapat tertunai dengan baik. Kemudian barulah dihulurkan kepada bapa dan ibu. Ataupun lebih baik mengasingkan terus nafkah tersebut kepada bapa dan ibu tanpa mengabaikan nafkah kepada isteri.



Dalam hal berbuat baik kepada ibu dan isteri. Seorang lelaki harus bijak dalam menyelesaikan permasalahan ini. Buatlah keputusan secara adil untuk keduanya. Adil adalah ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya.’ Memberi, menerima dan menghukum sesuai haknya. Dalam membuat keputusan, banyakkan meminta pertolongan daripada Allah agar diberikan keadilan dalam menilai sesuatu. Harapannya, kedua-dua belah pihak dapat merasakan anda seorang anak atau suami yang bertanggungjawab.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen