Ku Wanita Dengan Air Mata. Apa Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita Dan Air Mata Mereka?

Lelaki sering berasa tercabar dan mencuba untuk protes tentang segala hal yang melibatkan wanita. Lelaki itu ego. Lelaki itu tidak mudah memahami perasaan wanita.

“Kenapa senang sangat menangis ni? Kawal la emosi tu, jangan lemah sangat”

Wahai lelaki, wanita itu jiwanya lemah. Wanita itu memang mudah mengalirkan air mata tanpa sebab. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika menghadapi masalah. Ini adalah kerana mengapa wanita adalah seorang yang sangat peka terhadap keadaan sekeliling.

Kita sering di sogokkan dengan mentaliti masyarakat, apakah hukumnya dalam islam jika seorang lelaki membuat wanita menangis? Adakah berdoa besar? Ada hadith yang menyokong situasi ini?

Secara amnya, mengapa anda mahu membuat wanita itu menangis? Kerana mahu untuk menyakitkan hati mereka? Memukul mereka? Untuk berniat jahat? Jika ini yang berlaku sudah tentu berdosa. Jika kita menyakiti hati ibu kita sendiri, sudah tentu segala doa yang disampaikan oleh ibu, jika termaktub tepat pada waktu dan masanya, makbul lah doa si ibu itu.

Allah itu mencipta wanita dengan begitu sempurna dan istimewa. Dari segi saintifik, estrogen adalah hormon dalam tubuh wanita yang paling utama, dan hormon ini tiada dalam badan lelaki!

Estrogen berfungsi untuk membentuk pelbagai organ wanita dan ia memudahkan sistem reproduksi wanita bergerak dengan lancar. Selain itu, ia juga boleh meredakan stress dan otot-otot di dalam tubuh mereka malah ia adalah pencetus emosi wanita untuk memiliki rasa empati mahupun membuatkan mood menjadi lebih stabil.

Kerana itu, wanita lebih peka dan sensitif berbanding lelaki.

Di samping itu, Allah juga telah memberi mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluarganya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal erti lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Jadi, kenapa kita mahu menyangkal dan menidakkan makhluk Allah yang istimewa ini. Jangan merungut. Jangan mempersoalkan kejadian ilahi. Menangis juga adalah penghapus dosa-dosa kecil kita kelak, seperti yang di sebut di dalam Al-Qur’an, surah At-Taubah ayat 82:

“Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan”

Semua tentang wanita yang anda boleh baca

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen