Carilah Pasangan Yang Menjaga Solat.

Solat adalah tiang agama. Jika seseorang tidak menunaikan solat, bermakna dia telah meruntuhkan agama. Peribadinya juga akan memunculkan sifat-sifat negatif yang ada pada diri. Bagi yang berusaha untuk memperbaiki diri, mereka juga disarankan agar memperbaiki dan terus berusaha untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan solat. Pelajarilah cara sebenar solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Seorang yang menjaga solat, bermakna dia telah memperbaiki kehidupannya. Carilah pasangan hidup yang menjaga solat. Sebab:



1. Taat pada agama.

Orang yang berasa dirinya hebat tidak akan menjaga solat. Solat dapat merendahkan diri seseorang. Dengan bersujud, seseorang akan merasa dirinya hina di hadapan Allah jika dilakukan dengan penuh penghayatan. Mana mungkin dia dapat menjaga solat dalam keadaan merasa dia kuat, boleh lakukan apa saja tanpa bantuan sesiapa.

2. Kuasa solat berjemaah.

Dengan solat berjemaah, kita sebenarnya sedang memperbaiki hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan kita bersama keluarga serta orang yang bersama dalam solat tersebut. Apabila pasangan mendirikan solat bersama, isteri merasa kepimpinan seorang suami, suami pula akan merasa dia sedang memimpin ahli keluarganya agar sama-sama menuju kebaikan dan kejayaan. Bukankah perasaan itu perlu dalam sebuah keluarga?

3. Keberkatan dalam keluarga.

Berkat bermakna ‘bertambah kebaikan dalam hidup seseorang.’ Jika solat dapat dilakukan, maka bertambah jugalah kebaikan pada diri. Ada pasangan yang diuji dengan kesusahan, tapi mereka tidak merasa kesusahan tersebut. Kehidupan mereka sentiasa Allah cukupkan keperluaanya. Itulah yang dinamakan ‘hidup berkat.’ Malah yang lebih mengagumkan, dengan wang yang sedikit mereka mampu untuk menjaga tanggung jawab sebagai seorang hamba Allah, anak-anak pandai dan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah, serta mereka masih lagi mampu untuk menghulurkan wang kepada orang yang lebih susah daripada mereka.


Jika anda ingin mencari pasangan. Pilihlah pasangan yang menjaga solat. Pesanan bagi wanita, lihatlah ke mana kaki calon anda pergi saat azan berkumandang. Jika dia pergi ke masjid, tahniah. Itulah pasangan terbaik buat anda. Mudah-mudahan keberkatan bersama kalian kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen