Wanita Perlu Menjadi Kuat Demi Seorang Lelaki.

Anda tidak perlu membuang kelembutan yang ada pada seorang wanita. Yang terpenting saat ini, anda perlu berlatih untuk menjadi lebih tabah saat ditimpa ujian. Ketika anda menjadi isteri yang sah kepada seorang suami, pastinya saat suka dan duka akan ditempuh bersama. Usah fikiran kegembiraan sahaja apabila berumah tangga, tapi fikiran juga bagaimana untuk menjadi wanita matang apabila bersama si dia nanti.



1. Simpan air mata.

Apabila seorang suami ditimpa sesuatu, janganlah pergi meninggalkannya. Bantu sedaya upaya untuk berada disampingnya dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi apabila dia ditimpa sakit. Biarlah dia seorang kasar selama ini. Mudah-mudahan dengan kita berbudi kepadanya, dia akan menjadi seorang yang lebih penyayang setelah itu. Simpanlah air mata ketika bersamanya. Tunjukkan anda seorang yang tabah. Kerana, ketika dia melihat air mata anda jatuh, hatinya tidak keruan dan merasa serba salah atas apa yang telah ditimpanya.

2. Berikan semangat kepadanya.

Berikan kata-kata positif untuk merangsang dia agar lebih bersemangat. Usah sindir atau jatuhlah dia. Kerana apabila dia bercerita sesuatu bersama anda, dia sebenarnya telah mempercayai bahawa anda insan yang boleh dikongsi duka bersamanya. Pulihkan semangatnya.


3. Bantu.

Apa yang boleh dibantu, bantulah sedaya upaya. Pasti dia akan tersenyum gembira saat anda membantunya dalam kesusahan. Jika dia katakan usah membantu, tidak mengapa. Dukung saja apa yang dilakukan. Teruskan memberi semangat agar apa yang diusahakan berjaya dan lancar.

4. Berdoalah.

Berdoalah agar dia dan anda juga tetap kuat dalam menempuh ujian yang datang. Kerana doa anda itu sangat berharga buat dia. Dengan doa yang bersungguh dan ikhlas, ia mendatangkan hasil dikemudian hari.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen