5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Miliki Baju Yang Menawan Di Hari Bahagia Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mesti mempunyai baju perkahwinan yang diimpikan. Ramai juga yang berharap apabila tiba hari bahagia itu, baju berserta rekaan idaman itu dapat dipakai dan digayakan. Kalau tak dapat pakai mesti rasa sedikit kecewa di hari bahagia itu. Jadi untuk menggelakkan rasa kecewa itu berlaku, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan baju idaman itu.



1. Tetapkan harga.

Sebelum memilih rekaan dan jenis kain, anda haruslah menetapkan bajet kewangan anda. Berapa banyak wang yang anda perlu keluarkan demi baju kahwin tersebut. Adakah RM 500 atau lebih. Hal ini demi menggelakkan anda untuk tidak merasa kecewa dengan baju perkahwinan anda. Pastikan jangan terlebih atau terkurang bajet pula. Nanti lain pula jadinya.

2. Ketahui cita rasa.

Pasti anda mempunyai rekaan idaman yang tersendiri. Jadi boleh lah anda melihat rekaan yang bersesuaian dengan tubuh badan anda. Mana tahu diri sendiri rasa cantik tapi apabila orang tengok jadi macam kurang cantik pula. Jadi bagi mengelakkan anda menyesal baik anda lihat rekaan yang sesuai dan memenuhi cita rasa anda.

3. Dengar pandangan.

Ketika sedang sibuk membuat persiapan itu, jangan lah lupa mengenai pandangan orang lain. Hal ini kerana, pandangan orang lain akan membantu anda tampil lebih berkeyakinan dan anggun ketika hari bahagia anda. Jika anda tidak tahu ingin meminta pandangan daripada siapa, anda mungkin boleh meminta dari ahli keluarga anda, pasangan ataupun sahabat anda. Pasti mereka ini bersedia untuk membantu anda.



4. Tempah pada waktu yang tepat.

Ini adalah perkara yang paling mustahak. Anda perlu menempah baju anda pada waktu yang tepat. Jangan terlalu lambat atau terlalu awal. Jika terlalu lambat takut baju tersebut tidak siap. Kalau terlalu awal pula ditakuti baju anda tidak muat di badan pula.

5. Ikut saiz terkini.

Setiap orang yang menghitung hari bahagia ini pasti bercita-cita ingin menguruskan badan. Tapi jangan meletakkan ukuran saiz badan anda yang sedikit kecil pada tempahan anda. Adalah lebih baik anda mengikut saiz yang sedia ada pada waktu itu. Kebiasaannya diet yang diimpikan itu selalunya tidak menjadi.

Ini adalah lima langkah mudah untuk anda membuat persiapan untuk miliki baju perkahwinan idaman anda. Ikuti lima langkah ini pasti majlis anda akan berjalan lancar bersama baju idaman tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen