Pasangan Suka Bangun Di Awal Pagi? Itu Petanda Dia Pasangan Hebat.

Sebagaimana yang diketahui, banyak manfaat sekiranya kita bangun di pagi hari. Kelebihannya tidak disangkal lagi menurut pandangan Islam, sains dan psikologi. Bangun ketika ramai orang sedang nyenyak tidur bukan perkara yang mudah. Tetapi, sekiranya kita atau pasangan dapat mengamalkan setiap hari dan melakukannya secara konsisten, itu bermakna kita seorang yang produktif. Banyak perkara yang boleh diselesaikan berbanding dengan orang yang bangun lewat ketika di awal pagi. Bangun di awal pagi bukan semata untuk pergi bekerja, tetapi untuk menunaikan solat, melunaskan pekerjaan rumah dan sebagainya. Bangun di awal pagi dikatakan dia seorang yang hebat kerana:



1. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Solat adalah tiang agama. Jika seorang tidak solat, maka peribadinya juga tercalar. Dengan solat, seseorang mampu untuk mengawal dirinya daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga menunjukkan seseorang itu taat kepada agama. Maka, apabila pasangan anda dapat menjaga solat terutama solat subuh, dia seorang pasangan hebat.

2. Produktif.

Dengan bangun di pagi hari, seseorang dapat melangsaikan pelbagai tugas yang belum sempat dilakukan oleh orang yang bangun lewat. Dia dapat memanfaat waktu tersebut dengan membaca buku yang berfaedah serta menghasilkan pelbagai karya sekiranya dia mahu. Tugasan rumah juga dapat dilakukan dengan baik pada ketika itu. Memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian misalnya.

3. Kesihatan yang baik.

Bangun pagi menyebabkan seseorang lebih bersemangat, positif serta dapat menghirup udara segar. Mandi sebelum subuh juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan yang mana diakui oleh kajian-kajian sains yang telah dilakukan.

4. Membuka pintu rezeki.

Dengan bangun pagi, banyak urusan dapat dilakukan. Disamping dapat menunaikan solat sunat tahajut sebelum subuh, melakukan solat dhuha yang mana solat dhuha dapat meluaskan dan melapangkan lagi rezeki kita. Dalam sebuah hadis juga, Rasulullah s.a.w mendoakan umatnya yang bangun di awal pagi.


اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi hari mereka.”
(HR. Tarmizi)


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen