Jika Anda Masih Single, Apakah Kategori Cinta Yang Anda Lalui Sekarang?

Dalam hidup, satu-satunya cinta yang kita tahu adalah cinta sejati, cinta kepada Ilahi. Kita mencari cinta sejati mahupun Ilahi, kerana mahu di redhai oleh-Nya. Tanpa cinta akan Dia, tanpa kepercayaan kepada Dia, perjalanan hidup kita mungkin terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Setiap hari berdoa pada-Nya, untuk dikurniakan kekuatan dan ketenangan supaya kita tidak tersalah arah. Itu cinta kita pada-Nya.

Namun, sebagai manusia normal yang hidup di atas muka bumi yang fana ini, pelbagai cinta yang anda pernah melalui sebenarnya tanpa sedar. Yang anda sedar, cinta kepada ibu bapa, sahabat dan binatang kesayangan. Tahukah anda, cinta juga mempunyai kategori? Jom baca!

1. Cinta Platonik

Cinta platonik sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang antara manusia tanpa perhubungan intim sesama mereka. Mereka hanya terlalu mengambil berat antara satu sama lain kerana terlalu mengasihi. Cinta ini tidak kira sama ada di kalangan best friend forever (bff), ahli keluarga atau ibu bapa. Kadang kala, anda akan merasa terlalu rindu untuk bertemu dengan mereka.

2. Limerence atau crush.

Anda hanya menyukai si dia daripada jauh dan tidak mahu perasaan itu diketahui oleh si dia mahupun orang ramai. Anda dengan sebaik mungkin menyorok perasaan cinta ini kerana, jika ia diketahui orang, perasaan itu tidak akan berkekal lama, malah hubungan anda dengan si dia akan berubah menjadi semakin baik atau pun buruk. Menjadi semakin buruk itulah yang menakutkan anda!

3. Cinta yang tidak terbalas.

Cinta ini tidak sama dengan cinta pada crush, kerana cinta yang tidak terbalas, anda memberitahu si dia bahawa anda cinta pada dia. Namun, cinta anda di tolak. Situasi lain, anda berdua sangat mencintai antara satu sama lain, tetapi kecundang apabila wujudnya orang ketiga.

4. Cinta Obsesi.

Anda terlalu obsess dengan si dia, ke mana sahaja dia berada, anda pasti akan menemaninya.  Dengan kata lain ‘clingy’. Anda dengan si dia ibarat belangkas, tanpa dia anda berasa kosong. Hidup anda sentiasa dibayangi dengan wajah si dia.

5. Cinta mementingkan diri sendiri atau narcissis.

“I love you, but you love you”. Berkemungkinan, anda mempunyai pasangan kerana rakan-rakan anda juga mempunyai pasangan dan anda tidak mahu kelihatan pelik apabila keseorangan. Anda hanya mementingkan diri sendiri, dan apa yang anda mahu si dia cintakan diri anda.

6. Cinta yang comel.

"Alaaa, comelnyaa kucing ni, dah la gemuk, bulu macam karpet" bersinar-sinar mata anda ketika memeluk haiwan peliharaan.

7. Cinta pada makanan.

Tiada siapa yang dapat memisahkan antara anda dengan makanan kegemaran. Anda bukan sahaja pandai memasak pelbagai masakan, malah di sosial media anda penuh dengan gambar makanan. Nyum!

Jadi, anda kategori yang mana?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen