“Maaf, Dia Sudah Berpunya..” Si Dia Overprotective, Sebenarnya Elok Atau Tidak?

Oleh: Zuzu Yasmine

Beribu lelaki yang kita kenal, beribu jugalah ragamnya. Ada yang biasa-biasa sahaja dal perhubungan, ada yang serius dalam setiap hal, ada yang endah tak endah fasal pasangan dan macam-macam lagi.



Tapi, kalau si dia overprotective, itu tanda si dia betul-betul sayang atau hanya merimaskan pasangan? Ada wanita yang suka jika miliki pasangan yang begini. Ada pula yang kata ia merimaskan kerana belum ada ikatan yang sah. Anda pula bagaimana?

Overprotective dengan mengongkong ini tidak sama ye. Mengongkong lebih kepada menyekat perbuatan dan kehendak pasangan. Sebagai contoh, gadis A perlu meminta izin kepada kekasihnya setiap kali hendak keluar bersama rakan, namun jika kekasihnya tidak mengizinkan, gadis A tidak boleh pergi.



Sedangkan overprotective pula lebih kepada perasaan sense of belonging ataupun sifat kepunyaan. Maksudnya si dia lebih suka mempamerkan anda dan seolah-oleh ingin orang lain tahu tentang hubungan kalian supaya gadis tersebut tidak diganggu orang lain.

Lelaki seperti ini sukar untuk dicari dan dijumpai. Yang banyak adalah sifat mengongkong. Namun, walau apa pun jua sifat kekasih anda, hargailah dia kerana di dalamnya tersimpan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kerana setiap manusia itu berbeza-beza rupa paras serta hati budinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen