6 Tabiat Buruk Yang Boleh Menghancurkan Perhubungan Anda Dengan Si Dia.

Apakah tabiat buruk anda yang akan menyebabkan hubungan itu bakal hancur? Jom baca!


1. Anda cuba untuk mengubah si dia 100%.

Anda sudah mengetahui bahawa dia sangat tidak menggemari jika mengubah gaya penampilannya. Berkemungkinan anda menyukai si dia kerana memiliki paras rupa yang segak, tetapi pekerjaan yang membosankan dan tidak mendatangkan banyak untung dalam perhubungan. Jadi, kenapa memilih si dia, jika anda mencuba mengubah apa yang dia minati?

2. Mencari kesalahan dalam keluarga si dia.

Si dia sering mempunyai masalah dengan keluarga. Apabila si dia buntu, sering pula mengadu dan meluahkan isi hatinya kepada anda. Jadi, secara kebetulan anda bertemu dengan ahli keluarga nya, dan tiba-tiba menyatakan semua kesalahan yang yang telah mereka lakukan. Ingat, hal keluarga si dia anda hanya boleh menasihati bukan campur tangan sekali.

3. Pergaduhan di tempat awam.

Semua sahabat dan keluarga sudah tahu, anda sejenis manusia yang panas baran dan susah untuk mengawal amarah. Tetapi jangan terbawa-bawa untuk bertelingkah di tempat awam dengan si dia. Boleh menjatuhkan maruah!

4. Jangan pendam perasaan.

Tolong jangan pendam perasaan anda dan cuba berkias. Jika anda mempunyai masalah dengan si dia, lebih elok meluahkan segala perasaan pada hari tersebut. Jangan bawa masalah ke esok hari atau hari hari yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan anda gemar mengungkit masalah.

5. Bincang masalah pada masa yang salah.

Bad timing!! Jangan! Jangan! Jangan bincang sesuatu isu atau masalah anda ketika si dia dalam keadaan yang memenatkan atau stress. Anda perlu berbincang ketika anda berdua sedang beriadah atau beristirehat. Dengan kata lain, ketika kadar pergerakan jantung yang sangat tenang.

6. Sangat Berkira.

Kerana anda adalah seorang yang sangat terperinci, jadi anda sangat berkira ketika keluar makan bersama si dia. “Saya dah bayar 5 kali sebelum ni, tapi awak baru 3 kali, awak ingat saya ni cop duit?” Eh? Dengan kekasih hati pun anda perlu berkira ke?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen