Cara Menasihati Pasangan Anda.

Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Kerana kerana kita manusia biasa yang punya keinginan dan kemahuan. Mahu mencuba, tapi kadang tersilap langkah, akhirnya jatuh. Kita yang prihatin terhadap pasangan hendaklah pandai menggunakan emosi dan pemikiran untuk membimbing si dia ke arah yang lebih baik. Antara kaedah yang dapat digunakan dalam menegur pasangan adalah:



1. Berikan contoh.

Kita hendaklah terlebih dahulu memberikan teladan yang baik buat pasangan. Kata-kata sahaja tidak dapat memberikan impak yang besar kepada pasangan. Sememangnya ia memakan masa, tetapi apabila berhasil, kita akan berasa puas hati.

2. Tegur.

Cara menegur pun ada caranya. Lebih-lebih lagi jika kita menegur seorang lelaki. Egonya tinggi. Maka gunakan kelembutan kita untuk melembutkan hati mereka. Kemudian gunakan hujah yang boleh diterima pakai. Kerana seorang lelaki lebih memikirkan logik berbanding emosi. Jika pasangan anda wanita, tegurlah dengan yang baik. Mereke mudah menerimanya. Jika tidak, asingkan tempat tidur bersama mereka jika anda dan pasangan suami isteri.


3. Doa.

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar mereka terbuka hati untuk menerima nasihat yang telah diberikan. Doa juga ketika waktu-waktu mustajab berdoa, mudah-mudahan Allah menerima doa kita.

4. Sabar.

Tak mudah. Tapi perlukan pengorbanan dari seseorang yang mengasihi pasangannya. Percayalah, dengan sabar anda akan melihat keajaiban yang tersembunyi. Apapun, apabila kita berusaha, bertawakallah kepada Allah.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen