Sebab Lelaki Sukakan Wanita Natural Beauty.

Cantik menurut pandangan lelaki adalah berbeza-beza. Orang kata, cantik itu subjektif. Ada yang sukakan putih melepak, hitam manis, tinggi, rendah dan sebaginya. Tetapi bagi sebahagian lelaki, mereka sukakan wanita natural beauty kerana beberapa sebab.



Kemas bukan rimas. Siapa yang tak senang duduk bila berada dalam keadaan yang bersepah. Apabila diberi pilihan samaada duduk dalam rumah yang besar tapi bersepah ataupun rumah kecil tapi selesa. Mana pilihan anda? Pastinya rumah yang kecil tapi selesa bukan? Biar pun kecil tapi aman untuk diinap, bukankah itu lebih bagus. Begitu jugalah seorang lelaki. Dia mahukan wanita yang kemas. Itu sudah memadai. Usah menjadikan diri seorang yang rimas. Comot dan tidak terurus. Biasa-biasa saja. Make-up boleh, tapi tidak terlalu over.

Lelaki berfikir, jika dia bersama dengan wanita yang sukakan make-up, tentunya banyak pelaburan yang perlu dihabiskan untuk peralatan itu sahaja. Padahal dengan wang tersebut, mereka boleh gunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat. Usah risau, jika si dia seorang yang prihatin terhadap kecantikan anda, dia sendiri akan membelikan produk kecantikan tanpa anda menggunakan make-up yang berlebihan.

Menunggu. Itu perkara yang sangat sengsara dalam hidup seorang lelaki. Dengan natural beauty, anda dan pasangan dapat memanfaatkan masa dengan semaksimum mungkin. Kecantikan luaran semata tidak menjamin kebahagiaan hidup. Yang penting jaga hati pasangan, gembirakan mereka, dengan itu pasangan akan terpikat dengan anda. Nak make-up boleh, tapi usahlah over.


Make-up berlebihan ibarat memakai topeng. Menutup kekurangan yang ada. Bukankah jika wajah natural beauty menjadikan seseorang itu percaya akan dirinya. Tanpa make-up pun, tak ada hallah. Yang penting berbalik kepada hal pertama, perlu kemas bukan rimas. Pilihan berada di tangan anda. Ketahuilah wanita, ramai lelaki akan mengutuk dalam kelompok mereka jika anda make up secara berlebih.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen