Sabar Bukan Ketika Tenang, Tetapi Menahan Diri Ketika Amarah Sedang Memuncak.

Pernah dengar ayat ni? “Kau tak tahu apa yang aku rasa, memanglah kau boleh cakap sabar!” biasakan? Kadang terlepas juga pada mulut kita. Untuk mengenal pasti adakah kita ini orang yang sabar ataupun tidak adalah dengan melihat keadaan kita ketika amarah sedang memuncak. Jika anda tidak masih lagi mampu untuk tersenyum pada ketika itu. Anda seorang yang hebat. Tahniah!



Hidup berpasangan akan ada sentiasa cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh. Ia bagi menilai keimanan kita terhadap Allah. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga. Pastinya semua yang sudah berumah tangga akan mengiyakan penyataan ini. Apapun, dengan ujian inilah dapat mematangkan sebuah pasangan untuk menempuh kehidupan yang lebih panjang.

Untuk belajar bersabar, kita perlu belajar ikhlas terlebih dahulu. Bukan pada kata-kata sahaja, tetapi dengan perbuatan dan hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, kita akan kelihatan lebih tenang jika kehilangan sesuatu. Hidup akan lebih reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bahkan apabila diuji bertubi-tubi sekali pun, senyum di bibir masih lagi kelihatan.

Tentunya pasti ada balasan kebaikan bagi orang yang bersabar. Hadis di bawah menceritakan keadaan orang yang bersabar setelah diuji. Ayuh kita dalami dan hayati agar kita terinspirasi untuk menjadi orang yang bersabar.


حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ

Amr an-Naqid memberitahu kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Hammad bin Salamah memberitakan kepada kami dari Tsabit al-Bunani dari Anas bin Malik, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Pada hari kiamat nanti akan didatangkan penduduk neraka yang ketika di dunia adalah orang yang paling merasakan kesenangan di sana. Kemudian dia dicelupkan di dalam neraka sekali celupan, lantas ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan sebelum ini?’. Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku!’. Dan didatangkan pula seorang penduduk syurga yang ketika di dunia merupakan orang yang paling merasakan kesusahan di sana kemudian dia dicelupkan ke dalam syurga dengan satu kali celupan. Lalu ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sebelum ini?’. Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku, aku belum pernah merasakan kesusahan barang sedikit pun. Dan aku juga tidak pernah melihat kesulitan sama sekali.’.”

[HR. Muslim]



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen