Kalau Dah Jodoh, Tak Ke Mana.

Teringat pula lagu P.Ramlee ni, “kalau dah jodoh, tak ke mana.” Adalah tu nanti. Jadi, apa yang nak dirisaukan. Ramai di kalangan kita bercinta bertahun-tahun, bahkan berpuluh-puluh tahun, kesudahannya berkahwin dengan orang lain. Persoalannya, perlukah bercinta sebelum nikah?



1. Orang matang, tidak membuang masa.

Bayangkan berapa lama kita menghabiskan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah bersama si dia. Kalau memang jodoh dengan si dia, mujur. Kalau tidak, merenunglah kita sambil fikir, “kenapa rajin sangat aku menjaga suami atau isteri orang sebelum ini.” Bukanlah itu perkara sia-sia.

2. Syak wasangka setelah nikah.

Aib sebelum bernikah, Islam tidak mengajarkan untuk kita memberitahu pasangan, hatta dipaksa sekali pun. Ini kerana Islam ingin menjaga perhubungan dalam rumah tangga. Apabila pasangan tahu akan kehidupan sebelum berumah tangga, bukankah nanti akan terjadinya salah faham, merasa tidak dihormati dan berlebih-lebihan dalam membuat andaian.

3. Terjerumus ke gerbang dosa.

Semua kejadian zina bermula dari permulaan bercinta. Awalnya suka sama suka, kemudian bermain kata-kata. Setelah berjumpa, duduk rapat-rapat sambil mengalun ayat cinta, selepas itu? Kita fikirlah sendiri. Jika anda seorang wanita, berfikir panjanglah dalam hal ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki sejati yang ada prinsip untuk menjaga wanita, bukan menghancurkan mereka.

4. Pandangan Dr. Syeikh Yusuf Qardawi.

Beliau menegaskan bahawa, “saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh orang yang bercinta sebelum nikah kerana cara ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.” Melihat kepada banyaknya mudarat bercinta sebelum nikah, beliau tidak bersetuju jika seorang muslim melakukan hal sedemikian.



Dalam bab ini, Islam telah memberikan panduan dalam memilih pasangan. Apabila seseorang berkenan akan si dia,berjumpalah dengan kedua ibu bapanya kemudian berkenalanlah dengan si dia dengan ditemani oleh mahram. Atau lebih baik berjumpa saja di rumah si dia. Ini lebih menyebabkan anda dan si dia saling mempercayai akan cinta sebenar daripada cinta palsu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen