Tanda-Tanda Anda Menaruh Cinta Tanpa Harapan.

Anda mencintai seseorang tanpa harapan. Anda cintakan dia, kerana anda terlalu menyayangi si dia. Cinta anda kepada si dia seperti tiada kata-kata yang boleh diungkapkan. Cinta mati atau ‘Hopelessly in love’. Kadang kala anda sedar, bahawa si dia seperti sudah tawar hati terhadap anda, tetapi kerana anda terlalu menyayangi hubungan kalian yang sudah lama terjalin, anda berharap hubungan itu berkekalan. Dan anda dengan sedaya upaya tidak mahu memercikkan api di dalam perhubungan.

1. Anda seperti tidak lagi boleh mendengar segala nasihat daripada keluarga dan sahabat, kerana apabila anda berada di sisi si dia, anda seperti lupa segalanya. Hanya dia di depan mata.

2. Ketika makan berdua, anda tidak kisah berkongsi apa sahaja, malah sudu atau pinggan yang si dia telah gunakan.

3. Si lelaki akan cuba berlagak untuk menjadi gentleman, menyediakan tempat duduk untuk si gadis di restoran dan cuba melibas dengan kain, kerana tidak mahu ada habuk terlekat pada baju kekasih anda.

4. Jika anda telah berkahwin, anda menjadi over protective dan cuba menggapai tangan si dia kerana khuatir akan terlibat dalam kemalangan ketika melintas jalan. Dan yang pasti, anda akan sentiasa memegang tangan si dia ke mana sahaja anda berada.

5. Jika si dia membuat business online, anda sanggup untuk menjadi runner si dia, menghantar barang untuk postage, membalut segala barang dengan cermat supaya tiada kerosakan yang akan berlaku. Anda khuatir si dia akan mengamuk pula!

6. Anda tanpa segan silu sanggup memegang handbag si dia ketika dia mencuba baju di fitting room.

7. Ketika anda membuat panggilan telefon dengan si dia, anda seperti terawang-awangan mendengar suaranya, dan anda mampu tersedar jika telefon bimbit anda kehabisan bateri.

8. Anda sanggup tidak tidur malam dan menemani si dia yang mempunyai masalah, walaupun esok hari meeting dengan boss pukul 9 pagi!

9. Anda sanggup berpakaian mengikut cita rasa si dia hanya kerana pujian yang di berikan membuat anda sangat bersemangat ketika itu.

10. Anda mempunyai panggilan yang terlalu 'sweet' untuk si dia, jika tidak kena dengan tempat, berkemungkinan anda akan menjadi bahan lucu untuk rakan-rakan.  

Jadi, adakah anda tergolong dalam golongan menaruh cinta tanpa harapan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen