Mengapa Cinta Itu Buta….

Oleh: Zuzu Yasmine

Betul cinta itu tidak bermata, tapi ia tidak buta kerana kita yang membutakan mata kita demi sesebuah cinta. Buat pasangan-pasangan bercinta, guna lah mata akal yang terletak di hati, agar ia mampu menyuluh jalan kehidupan.



Firman Allah yang bermaksud: “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj: 46).

Apa maksud cinta buta ini? Cinta buta adalah kononnya cinta sejati yang sanggup menerima segala keburukan orang yang kita cintai. Walaupun kadang kala diri sendiri yang menjadi mangsa. Ia juga melibatkan mula tidak mengendahkan tanggungjawab sebagai hamba hanya kerana mata hati sudah mula mencintai dunia.

Mengapa cinta itu buta?

1. Tidak pernah melihat sudut negatif pasangan.

Dalam satu perhubungan percintaan, melihat kelebihan dan kekurangan pasangan itu perlu. Agar kita dapat membentuk dan melengkapi hubungan itu. Jangan menutup mata dengan menerima dan menidakkan apa orang sekeliling menyatakan pandangan negatif mereka terhadap pasangan kita. Tidak ada yang sempurna tanpa ada sedikit kekurangan. Maka jangan terlalu berpuas hati dengan pasangan anda.

2. Melihat menggunakan akal.

Jangan melihat menggunakan mata mahupun perasaan tapi lihatlah dirinya melalui akal fikiran anda. Gunakan akal untuk berfikir mengenai sifat negatif dalam dirinya. Akal sahaja yang dapat menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak. Jika anda menggunakan perasaan, ia mampu ditutupi dengan perasaan cinta anda kepadanya. Begitu juga jika anda menggunakan mata, kerana mata anda mampu ditipu dengan kepura-puraannya.

3. Cinta tanpa sebarang alasan.

Apabila ditanya, mengapa anda mencintai dirinya? Anda tidak tahu punca dan mengapa dirinya menjadi pilihan anda. Walhal pasangan kita itu terlalu banyak sifat negatifnya. Haa, di sini boleh dilihat yang bagi anda pasangan anda begitu sempurna buat anda. Tiada sedikit pun kekurangannya yang anda boleh lihat.

Segala-galanya menjadi pilihan anda, anda yang akan menentukan hidup anda. Tetapi sanggupkah anda menghadapi masalah perkahwinan yang lebih hebat dugaannya berbanding dugaan bercinta ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen