Jika Mahu Pasangan Baik, Jadilah Baik Terlebih Dahulu.

Pesanan ini penulis dapat daripada seorang guru di sekolah. Kata-katanya sampai hari ini masih lagi tersemat diingatan. Iyalah. Zaman sekolah, zaman enjoy, zaman untuk seronok. Tapi sampai bila nak hidup untuk suka-suka. Hidup mesti ada matlamat. Setiap orang mengimpikan pasangannya adalah orang yang baik. Tapi sedarkah kita bagaimana? Kan Allah pernah kata kepada kita,



اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ

“Wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

(An-Nur: 26)



Jadi, apa lagi. Persiapkan diri dari sekarang. Jadilah orang yang taat dalam beragama, tidak kiralah anda seorang lelaki ataupun wanita. Sama-sama ke arah kebaikan. Jika sudah ada calon, ajak sekali si dia untuk berubah. Usah tinggalkan dia. Kata cinta sampai ke syurga. Kita pun tidak mahu bila berumah tangga nanti masih lagi dalam keadaan lalai kan? Bagaimana kita mahu pimpin anak-anak kelak.



Berusahalah mencari tempat-tempat yang mempunyai pengajian agama, dekatkan diri dengan orang soleh solehah. Perkara ini tidak mudah, tapi perlukan mujahadah (bersungguh-sungguh). Abaikan kata-kata orang yang menjatuhkan kita. Fikirkan masa depan kita. Kita nak kehidupan yang lebih baik kan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen