Jom Bergerak Aktif Untuk Mencari Jodoh!

“Malasnya nak keluar rumah, tidur pun lebih baik…”

“Kau ni asyik kerja je, dah tak ada life nak bersosial ke?”

Jodoh itu tidak datang bergolek kata orang. Jodoh juga adalah rezeki, kerana rezeki juga tidak datang begitu sahaja, malah kita perlu berusaha untuk mencari. Jika tidak di usahakan, adakah dengan tawakal sahaja sudah mencukupi? Sudah tentu tidak. Jika anda hanya pasif duduk di rumah, adakah jodoh akan datang bertandang? Melainkan jika ibu anda yang merancang dan memberikan anda jodoh. Bertuahnya!

Ada sebahagian daripada kamu juga berfikiran:

“Ala, nanti datang la jodoh tu, kenapa nak pikir sangat pasal kawen ni, berdoa je la, kan jodoh dah tertulis di Lauhul Mahfudz”

Setiap takdir Allah, sudah di tentukan sejak azali. Jika Allah sudah menuliskan perjalanan hidup kamu seperti bertemu jodoh ketika bermain roller coaster, walhal kamu hanya terperap duduk di rumah tidak merancang membuat apa-apa. Bagaimana takdir Allah itu hendak terjadi? Sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, tidak boleh juga jika terlalu mengharap pada si Dia tetapi tidak pula berusaha.

Melainkan jika jodoh kamu bertemu di media sosial, di muka buku, pasti tiada siapa yang dapat menjangkakan. Tidak salah anda bergerak aktif, untuk melihat pemandangan dan negara orang. Kata orang lagi jauh perjalanan, lagi luas pemandangan. Sambilan, untuk mencari ilmu pengetahuan. Jika cukup ilmu di dada, pasti pasangan semakin tertarik dengan kamu kerana begitu banyak isu yang boleh dibincangkan. Siapa yang tahu bukan?

Selain daripada itu, bersukan juga banyak memberikan anda kelebihan. Bukan sahaja mempunyai tubuh badan yang sihat dan stamina yang kuat, mana tahu daripada situ anda akan bertemu jodoh. Seperti yang kita tahu, perbaiki diri sebelum bertemu jodoh bukannya sahaja untuk jiwa dan hati, malah fizikal luaran juga perlu dititik beratkan. Jangan malas-malas!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen