Memberilah Sebanyak-banyaknya, Bukan Menerima Sebanyak-banyaknya.

Dari Hakim bin Hizam r.a, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Beliau bersabda: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak memerlukannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya, maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.”
[Bukhari dan Muslim]


Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ini sangat menarik. Mengajarkan kita banyak hal. Antara intipati yang boleh kita ambil dari hadis tersebut dalam konteks rumah tangga ialah:

1. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.

Kita disarankan untuk banyakkan memberi. Tidak kiralah samaada suami atau isteri. Tetapi tanggungjawab seorang suami kepada isterinya tentunya adalah memberikan nafkah. Isteri disarankan agar dapat menyumbang sesuatu kepada suami. Samaada dalam bentuk khidmat atau material kepada suami.

2. Dimulai dari orang yang menjadi tanggunganmu.

Tanggunggan pertama bagi seorang suami adalah kepada isterinya. Kemudian barulah kepada anak, bapa, ibu, cucu, datuk, saudara, ahli keluarga setelah itu kepada orang yang memerlukan.

3. Sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak memerlukannya.

Islam menggalakkan kita untuk kaya. Dengan kaya, kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada keluarga dan memberi kepada orang yang memerlukan. Dalam Islam juga mempunyai sistem zakat yang mana dapat membantu ekonomi negara dalam menaikkan lagi taraf hidup masyarakat Islam.

4. Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya, maka Allah akan menjaganya.

Sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kita hendaklah menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Sehinggalah kita dipertemukan jodoh dengan suami atau isteri kita, kita dianjurkan lagi untuk menjaga diri agar Allah memelihara kehidupan kita. Hidup dalam berumah tangga juga akan diberkati oleh Allah. Barulah rumah tangga yang dibina harmoni dan berkekalan mudah-mudahan.

5. Barangsiapa merasa cukup, Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.

Dalam surah Ibrahim ayat 7 menyatakan bahawa: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu., dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.” Yakini kata-kata ini. Dengan mempunyai sifat qanaah, kita akan hidup dengan lebih tenang.


Oleh itu, perlulah kita mempraktiskan perkara ini dalam hidup kekeluargaan. Mudah-mudahan menjadikan keluarga yang dibina lebih bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen