Nikah Gantung. Boleh ke?

Sebelum kita lanjutkan penjelasan ini dengan lebih terperinci. Ada baiknya kita ketahui dahulu apa yang dimaksudkan dengan nikah khitbah. Nikah bermaksud dakap atau bertaut iaitu mengharuskan hubungan suami isteri. Khitbah bermaksud pertunangan. Jadi, bagaimana pula yang dikatakan nikah khitbah? Nikah khitbah atau dikenali juga sebagai nikah gantung adalah pernikahan yang dilakukan seperti biasa tetapi tidak boleh tinggal bersama setelah nikah.



Kebiasaan ini berlaku kepada pelajar yang masih lagi meneruskan pengajiannya di peringkat universiti. Mereka bernikah, selepas itu tidak tinggal bersama. Ini bagi mengelakkan mereka ‘berhubungan’ setelah nikah ataupun suami masih tidak dapat lagi memenuhi nafkah zahir. Perlu diketahui, nikah khitbah ini adalah adat bagi orang melayu.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri katanya, Islam menggalakkan umatnya untuk bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan suami isteri tersebut.



Jika terjadi hal ini, sebaiknya perlu adakan rundingan kedua pihak suami isteri bagi menunaikan hak pasangan masing-masing dengan baik. Seeloknya tidak perlulah ibu bapa atau pasangan membuat syarat-syarat yang secara tidak langsung menafikan maksud nikah tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen