Pesanan Buat Bakal Suamiku.

Buat bakal suamiku,

Maaf andai pesanan ini mengguris perasaan engkau saat membaca nukilan ini.


Aku tahu, aku seorang manusia yang mempunyai banyak kekurangan. Setelah bernikah nanti, engkau akan melihat lebih banyak kekurangan aku ketika itu. Semakin lama kita membina rumah tangga, semakin banyaklah kekurangan yang engkau akan terlihat . Maaf buat engkau. Jika aku kelihatan tidak secantik awal perkahwinan nanti, tegurlah aku dengan cara yang baik, bantulah aku untuk memperkemaskan diri, bagilah semangat untuk aku berbakti kepada engkau. Berusahalah juga membantu aku dalam mengurus rumah tangga.

Jika aku tersalah langkah, bawalah aku ke jalan yang benar. Sungguh aku tidak sanggup untuk mencampakkan engkau ke dalam neraka, tetapi aku juga tidak tahu sekuat mana dugaan ketika kita akan bersama nanti. Maaf andai aku terpesong kelak. Tolong, ajari aku.

Berusahalah kita bersama untuk mempertahankan rumah tangga kelak. Yang perlu diperbaiki, kita pulihkan bersama. Andai aku berkecil hati, pujuklah aku. Mudah-mudahan pujukan itu dapat meredakan keresahan di hatiku. Aku juga akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan tidak mudah sensitif dengan dengan hal remeh temeh.

Ayuh bakal suamiku, kita perkuatkan ilmu agama dari sekarang. Aku tidak mahu keluarga kita kelak terkecundang ke gerbang dosa dan maksiat. Aku mahu kita sekeluarga bersama hingga ke syurga. Itu harapan dan impianku. Andai pegangan agama kuat, insyaAllah dengan cara itu dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak mudah-mudahan.


Aku juga berpesan kepada engkau dan diri aku sendiri agar mempersiapkan diri sebelum kita bersama. Jagalah hati masing-masing saat ini kerana aku tahu dalam tempoh pertunangan ini pastinya banyak dugaan yang perlu ditempuh. Perbanyakkan solat taubat, solat hajat semoga pernikahan yang akan dibina kelak mendapat barakah di sisi Allah.

Maaf sekali lagi. Aku berharap engkau dapat menerima pesanan ini dengan hati terbuka. Simpanlah nukilan ini dengan baik agar sama-sama kita beringat kelak. Terima kasih kerana membaca pesanan ini.

Nukilan,
Bakal isterimu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen