Si Gadis Tertanya-Tanya, Apakah Aktiviti Yang Lelaki Sering Lakukan Jika Mereka Bukan Penggemar Bola Sepak?

Sukan bola sepak dengan sang jejaka sangat sinonim, malah bapa yang mempunyai anak lelaki kecil sering mengajar mereka, kerana tidak mahu anak lelakinya menjadi kaki bangku besar kelak. Berkemungkinan malu jika di ejek tidak tahu bermain bola sepak. Tetapi adakah dengan sukan bola sepak ini boleh menentukan yang mereka sang jejaka ini sudah cukup maskulin untuk memikat hati para gadis? Adakah satu kemestian untuk semua para lelaki belajar bermain bola sepak?

Bagaimana pula bagi mereka yang memang tidak gemar bermain bola sepak daripada kecil? Adakah mereka ini akan menjadi feminin? Opsss..!

Jangan risau gadis sekalian, lelaki yang tidak gemar bermain bola sepak masih lagi mempunyai hobi ‘kelakian’ yang masih menunjukkan sisi maskulin mereka. Mungkin mereka ini lebih menggemari aktiviti ekstrem dan lasak sehinggakan anda tidak sanggup untuk melihat atau menemani mereka. Jika anda mempunyai pasangan kekasih yang aktif dengan aktiviti sebegini, anda patut bersyukur, kerana mereka tidak cepat putus asa dengan cabaran.

Selain daripada itu mereka yang berada dalam dunia ini seakan-akan yakin sukan lasak mampu menguji minda sendiri di samping dapat membina keyakinan diri dalam diri seseorang individu.

Aktiviti yang sering mereka lakukan:

1. Lumba Kereta atau Go-Kart

2. Paint Ball

3. Rock Climbing

4. Motocross

5. Mendaki Gunung

6. Meredah Hutan

7. Skate Boarding

8. Skuba Diving

9. Sky Diving

10. Bungee Jumping

11. Berbasikal BMX

Penglibatan mereka dalam aktiviti sebegini seperti satu fenomena baru dalam aktiviti riadah. Jadi gadis-gadis, anda perlu bersiap sedia kerana lelaki seperti ini akan membawa anda untuk terlibat sama di dalam sukan begini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen