Apakah Hukum Pre-Wedding?

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah menjadi trend pada zaman ini apabila sebelum akad nikah atau berkahwin mereka akan mengambil gambar sebelum itu. Gambar itu bertujuan untuk dijadikan kenang-kenangan ataupun dijadikan gambar pada hari perkahwinan mereka. Tidak hanya itu sahaja, ia juga telah tersedia di dalam package mengikut fotografi.



Sememangnya gambar seperti ini akan lebih lawa dan menarik. Hal ini kerana, pada ketika itu darah sedang manis. Jadi malu-malu pada bakal pasangan menjadi penambah seri gambar tersebut. Tapi apa hukumnya mengambil gambar pre-weeding ini?

Tahukah anda, gambar serta video dalam keadaan mesra sebelum nikah ini adalah dilarang. Ia sebenarnya hanya budaya barat yang dibawa ke sini. Jadi tidak usahlah meniru budaya artis dan masyarakat barat ini.

Firman Allah s.w.t: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (wahai Muhammad) hingga kamu mengikut agama mereka (yang terpesong itu)…” (Al-Baqarah 2:120)

Antara sebab kenapa pre-wedding dilarang dalam Islam ialah ia mengandungi perbuatan-perbuatan yang mendekati zina. Dalam konteks zina ini, ia bukan sahaja perbuatan badan malah ia juga seperti perbuatan menatap dan saling melihat antara satu sama lain. Ia juga termasuk dalam konteks zina mata.

Di samping itu juga, ia akan berlakunya ikhtilat dan khalwat. Ikhtilat bererti percampuran lelaki dan perempuan manakala khalwat pula adalah lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk berdua-duaan.

Tidak lupa juga, ia akan menyebabkan seseorang itu berhias secara berlebihan walhal ia sepatutnya berhias hanya untuk suaminya kelak. Dalam proses pengambilan gambar pre-wedding itu juga, gaya pemakaian adalah sesuatu yang disentuh. Memakai busana yang menampakkan bentuk badan. Ia adalah perkara yang dilarang di dalam Islam.

Tetapi jika anda mengambil package yang siap pre-wedding bagai ini, lebih lah elok jika ambil selepas anda dan pasangan telah sah menjadi suami isteri. Pasti gambar yang bakal dicipta itu lebih menarik berserta memori yang indah. Jadi boleh lah kita menghalang daripada bermesra saat sebelum dinikahkan itu. Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Anda yang akan menentukannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen