Ketika Hati Tersesat, Kitab Allah Yang Aku Cari.

“Setiap hari starbucks rm20 pun kau boleh beli, takkan senaskah Al-Qur’an rm16 yang kau boleh simpan selama-lamanya kau tak boleh beli?”


Ketika aku lalai, ketika aku tersesat, ketika aku persoalkan rezeki dan jodoh yang tidak kunjung tiba, aku tersentap apabila seorang rakan menegurku. Aku ingin mempelajari Al-Qur’an dengan sempurna, tajwid dan terjemahan tetapi tiada guru. Keadaan sekeliling juga seperti tidak mengizinkan aku mempelajarinya kerana suasana yang kurang islamik.

Jika aku mahu membuka sehelai demi sehelai keratan Al-qur’an, sudah tentu keadaan aku yang menjengkelkan. Orang ramai juga pasti menyindir aku. Aku malu! Pasti orang lain berbangga kerana dapat khatam Al-Quran dalam masa yang singkat. Tetapi adakah mereka khatam Al-Quran beserta dengan maknanya?

Bagaimana aku hendak mencintai Al-Qur’an sepenuhnya?

1. Beli Al-Qur’an yang membuat anda akan jatuh hati untuk belajar walaupun masih tidak memahami Bahasa Arab. Kandungan yang berwarna-warni pasti akan membuat anda menjadi tertarik untuk membaca ayat dan tafsiran jua. Al-Qur’an yang kecil dan senang di bawa mana sahaja amat di galakkan kerana anda pasti senang untuk membaca di mana jua anda berada.

2. Apabila sudah membeli, sudah pasti anda akan baca dengan terjemahan yang sangat deep dan berkaitan dengan kisah hidup masa silam anda, apa kata anda jadikan ia sebagai surah favourite! Al-Quran mempunyai 114 surah dan setiap surah mempunyai fadhilat tersendiri yang Allah berikan untuk kita amalkan. Sebagai contoh, kita boleh amalkan surah Al-Mulk sebelum tidur, surah Al-Waqiah dan surah Yassin setiap hari selepas subuh, dan juga surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (Ar-Rahman)

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi” (Yaa Siin: 82)

3. Tidak jemu untuk berdoa kerana hati yang penuh maksiat akan terasa sulit dan berat untuk membaca al-qur’an dan semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

 “Dan jika Kami kehendaki nescaya Kami berikan setiap jiwa petunjuk (baginya), tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) daripada-Ku, ‘Pasti akan Aku penuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia bersama-sama’.” (As-Sajdah:13)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen