Perkahwinan Itu Tidak Seindah Yang Kita Sangka Kan.

Di sebabkan terlalu tertekan dengan suasana dan mentaliti masyarakat yang seakan mendesak, kita mula mencari calon yang ‘asal boleh’ atau ‘asal ada’. Kerana mahu menggembirakan hati kedua ibu bapa, kita hanya menurut permintaan mereka dan calon yang telah dirancang. Jika kedua ibu bapa gembira, mengapa kita tidak boleh menggembirakan hati mereka bukan? Dengan hanya menurut kata kerana tidak mahu menjadi anak derhaka.

Dengan tempoh ta’aruf yang singkat dan setelah langsungnya perkahwinan:

1. “Aku ingin berkahwin cepat kerana tidak mahu terus melakukan dosa dan maksiat, ingin segera halal.”

Tetapi setelah berkahwin, tanpa kita sedar banyak lagi dosa lain yang kita ter-buat, seperti tidak taat pada suami, mengecilkan hati pasangan, mengungkit kisah silam.

2. “Aku ingin kahwin kerana akhlaknya, perilakunya yang sungguh baik dan pandai mengambil berat”

Tetapi setelah berkahwin, segala kebajikan diri perlu diurus sendiri tanpa perhatian pasangan. Tiba-tiba sukar untuk mengambil berat dan memahami pasangan kerana terlalu sibuk dengan kerja.

3. “Aku ingin kahwin kerana dia sudah layak menjadi imamku.”

Ayat ini sering kita dengar dari mulut anak gadis. Tetapi mereka tidak sedar bahawa setelah berkahwin, sukar sekali mengajak suami untuk solat berjemaah dan tidak mampu mengajak membuat kebaikan.

4. “Aku ingin kahwin kerana harta, dia mempunyai kerja tetap dan stabil malah mampu menunaikan nafkahku.”

Tetapi apabila setelah berkahwin mungkin ini yang akan berlaku seperti  si suami muflis ataupun hilang mata pencarian.

5. “Aku ingin sentiasa berpegangan tangan, pahala dapat malah dosa turut gugur sama”

Tetapi setelah berkahwin, apa yang di jangkanya selama ini tidak pernah berlaku kerana boleh dikira berapa kali sahaja dapat berpegangan tangan kerana si suami rajin ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah dan tidak mahu membatalkan wudhuk berulang kali.

Rutin itu berulang setiap hari. Begitulah hakikat alam perkahwinan, suami isteri perlu melonggarkan keteguhan prinsip demi menjaga hati pasangan. Berdoa lah untuk berlapang dada dengan kekurangan dan kelemahan pasangan.

Semua ini kerana kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan. Hanya melalui agama dapat melenturkan ego seseorang, dan jangan lupa tetapkan niat pernikahan hanya kerana Allah SWT. Pastinya, Insya Allah segala kekurangan dan kelemahan pasangan itu mampu kita terima baik seadanya sebagai ujian dan mungkin juga sebagai peluang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen