Fasa Cinta Dalam Perkahwinan.

Oleh: Rafi

Banyak cerita-cerita yang sedikit pahit anda mungkin dengar tentang kehidupan selepas berkahwin. Mari kita rungkai satu persatu.



Eh mana boleh macam ini. Tidak kiralah berapa lama pun anda berkahwin, pastikan prioriti anda betul. Tanya dulu tentang pasangan anda, lepas itu baru fikir tentang perut anda.

Kalau masa baru kahwin dulu, anda tidak berkira tentang duit, sepatutnya sampai bila-bila pun anda kekalkanlah sikap anda itu. Bukan apa, jika anda tidak berkira, pasangan anda tentu perasan sikap anda ini.

Walaupun tidak akan dibalas sekarang, tapi sedikit-sedikit, pasangan anda turut terdidik untuk tidak berkira. Lagipun, selepas beberapa ketika, cuba update sikit tentang duit belanja yang diberi. Kadang kala sebenarnya tidak cukup, pasangan anda yang cukupkan. Lebih-lebih lagi dengan harga barangan yang makin menaik.


 

Hiks. Kalau mak-mak, mereka selalu cerita tentang batu. Kalau baru kahwin dan tersepak batu, batu yang dimarah suami. Tapi selepas beberapa ketika, ayat yang keluar - "Awak tak nampak batu tu ke?!" Hihi. Kalau dengar cerita ini memang lawak, tapi bila terkena batang hidung sendiri, sedih sebenarnya. Berlembutlah dengan pasangan. Dalam kelembutan itu ada kasih dan ehsan.

Okay, memang kalau dulu lauk terlebih masin pun masih sodap juga. Tapi sekarang semua pun serba tak kena. Lauk sama pun tak boleh. Padahal dah selang seminggu. Steady lah. Kadang kala pun dah kering idea nak masak lauk apa sebab selalu sangat masak. Apa kata tukar soalan anda yang sedikit berbisa itu dan bagi idea pula. Ataupun, lagi best, anda pula masuk dapur bantu pasangan anda.



Masalah utama suami isteri setelah beberapa ketika adalah komunikasi. Mereka selalu ingat dengan berjumpa setiap hari, komukasi yang ada sudah cukup. Selepas beberapa ketika mungkin anda sudah menjadi terlalu selesa dengan situasi itu sehingga anda sudah tidak rasa keinginan untuk berbual seperti dahulu. Dapatkan balik percikkan cinta itu. Walaupun ringkas, ambil sedikit masa untuk membalas mesej atau lebih bagus, menghantar mesej dahulu kepada pasangan. Kalau memang sibuk, curi sedikit masa. Tak selalu pun tidak apa, yang penting ada.



Ahh ini pelik sedikit. Selalunya golonngan suami yang selalu menyalahkan isteri kalau beliau mahu menambah 'cawangan'. Cakap isteri di rumah tidak berhias, busuk bau tepung, rambut keras, kulit berbintik hitam dan sebagainya. Tapi apabila ingin melabur sedikit untuk kecantikkan ada saja yang tak kena. Tak boleh brader. Kalau mahu cantik-cantik memang kena melabur sedikit. Golongan lelaki lain sedikit, pakai smart sikit-sikit pun sudah nampak kacak. Orang perempuan banyak yang perlu dijaga. Jadi, jika anda mahu isteri anda cantik-cantik, selagi beliau tidak boros, anda bekerjasama jugalah.

Kemas rumah ini walaupun nampak stress dan memenatkan, sebenarnya aktiviti ini adalah cara 'bonding' yang baik untuk pasangan. Jadi, walau sesibuk mana pun anda, walaupun anda dan pasangan sudah berusia, ambil masa untuk kemas rumah bersama.

Kalau dulu masa baru kahwin, boleh pegang tangan, boleh dukung semua, cubalah kekalkan sampai bila-bila. Dengan siapa lagi pasangan anda hendak bermanja jika bukan anda. Janganlah sombong sangat. Jika mahu menegur pun, gunakan cara yang baik.

Set reminder di telefon anda untuk ulang tahun perkahwinan anda. Mulakan sekarang kalau anda belum buat lagi. Buat dua reminder. Satu reminder pada tiga hari sebelum tarikh sebenar, untuk anda tempah meja di restoran/beli hadiah/buat temu janji di salon/etc. Satu reminder lagi pada tarikh sebenar, supaya anda tidak terlupa tentangnya. Sama ada anda si isteri atau si suami, memang kalau sibuk banyak benda boleh lupa. Jadi biar teknologi yang bantu anda. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen